Friday, April 13, 2012

Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil.2/2012

Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah menganjurkan Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil.2/2012 pada 8-10 April yang lalu bertempat di Sun Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang. Program ini melibatkan seramai 31 pereka dari seluruh cawangan Kraftangan Malaysia.
Pengisian serta Impak keatas setiap aktiviti yang dijalankan :-



a.  Mesyuarat Pereka - Pereka Bil. 2/2012 –
     Mengumpulkan pereka ibu pejabat dan cawangan bagi membincangkan perancangan 
     serta menyelesaikan pemasalahan dalam usaha mempertingkatkan hasil kerja. 

     Mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni untuk berkongsi, berdiskusiberbahas  
   dalam menghasilkan idea-idea kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza 
    dalam pembangunan reka bentuk kraf.


b. Brainstorming for concept 2013 and 2014
     Konsep bagi tahun 2013 dan 2014 yang mengetengahkan Konsep Kubisme, gaya  
     abstraks terhadap objek ke dalam bentuk-bentuk geometri untuk mendapatkan sensasi  
     tertentu. 
   
     Prinsip – prinsip dasar kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara 
     memotong, overlap, menyusun dan aneka tampak yang boleh di aplikasikan keatas 
     penghasilan sesuatu produk disamping mengekalkan warna-warna Pop Art iaitu 
     penggunaan warna yang cerah dan ceria dengan menerapkan warna-warna  
     primer, sekunder dan komplimen.


c. From Zero To Hero
    Sesi yang ketuai oleh seorang fasilitator mengikut bidang kraf, memberi peluang kepada 
    pereka bertukar-tukar idea, pengetahuan, pengalaman dan maklumat
  
    Dapat meningkatkan kebolehan seseorang pereka mengolah sumber alam di Pulau
    Tioman untuk dijadikan ‘subject matter’ bagi proses melahirkan produk beridentiti baru 
    yang kreatif dan inovatif dalam mempertingkatkan kualiti rekaan yang dihasilkan agar
    dapat memartabatkan produk kraf tempatan di pasaran global.

    Proses akhir iaitu pembentangan rekaan yang mana memperlihatkan hasil rekaan yang 
   disasarkan untuk pengeluaran produk pelancongan khas untuk keluaran di Pulau  
   tiomanselaras dengan perancangan Pelancaran Batik di Pulau Tioman, Pahang yang  
   akan diadakan pada bulan Julai 2012 yang akan datang.

Sesi Hero To Zero

Sesi Pembentangan Rekaan Oleh Fasilitator Mengikut Bidang Kraf

Lakaran Yang dihasilkan


d. Talk On Design – Design From American Perspective
     from Mr. Travis Ingram ( Enable Island Trade Sdn. Bhd.)
     Mr. Travis Ingram telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama pereka  
     dengan memberi penumpuan kepada rekaan dan penghasilan produk yang  
     berkualiti serta kemasan akhir (finishing) yang merupakan aspek penting dalam 
     penghasilan sesuatu produk kraf. 

     Pengaplikasian kajian SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) dengan
     contoh produk terpilih memberi gambaran jelas kepada pereka untuk membangunkan    
     produk berinovasi yang berorientasikan pasaran.




e. Innovation Talk
    Para pereka telah diberi penerangan terperinci berkaitan dengan Perancangan Pelan 
    Tindakan empat Cawangan Pusat Inovasi Kraftangan bagi tahun 2012 hingga 2016  
    yang melibatkan kajian-kajian terkini, idea baru serta maklumat haja tuju dalam  
    pembangunan.

   produk yang memberi kemudahan kepada golongan sasaran seperti pereka, usahawan-
   usahawan serta para pelajar. Para pereka kini lebih jelas akan fungsi dan perancangan 
   setiap Pusat Inovasi agar dapat dimanfaatkan. 

  
Sesi lawatan yang diadakan ke bengkel usahawan batik di Pulau Tioman yang akan
  terlibat dalam pengeluaran produk batik semasa Hari Pelancaran Batik Di Pulau Tioman 
  pada bulan Julai 2012 secara tidak langsung telah dapat memberi suntikan idea-idea baru  
  dari Proses rekaan hingga proses  penghasilan produk melalui pengaplikasian teknik serta   
  konsep Pop Art yang di ketengahkan oleh pihak Kraftangan.




No comments: