Monday, July 29, 2013

Peragaan Fesyen Sempena Promosi Kerja Kahwin 2013

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 24 Jun 2013 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Promosi Kraf Kerja Kahwin 2013 yang bertempat di Laman Plaza pada jam 2.30 petang. Pra pelancaran ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Kerja Kahwin 2013 yang telah berlangsung pada 19 Jun sehingga 1 Julai 2013.
Sebanyak 32 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dan tenun. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada pereka  dan usahawan Kraftangan Malaysia. Usahawan yang terlibat adalah Pusat Tenun Pahang Felda, Fiz & Miz , Pua Indah , Abas dan Sal, Century Fiesta dan wakil daripada IPTA iaitu Institut Kraf Negara.

Peragaan Fesyen Sempena Malam Tenun Pahang DiRaja 2013

HOTEL ROYAL CHULAN  KUALA LUMPUR, 20 Jun 2013 Kraftangan Malaysia telah terlibat  dalam peragaan fesyen bersempena dengan Malam Tenun Pahang Diraja 2013 yang telah berlangsung di Hotel Royal Chulan pada jam 8.30 malam. Dengan Kehadiran KDYMM Sultan Ahmad Shah berserta kerabat Diraja Pahang Darul Makmur. Turut mengiringi ialah Menteri Besar Pahang Dato Seri Diraja Adnan Bin Yaakob dan exco – exco Pahang.
Sebanyak 78 helai koleksi rekaan pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan produk kraf tekstil iaitu Tenun Pahang . Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada pereka-pereka terkenal negara, di antaranya ialah Puan Hajah Rodziah Mohd Yusof daripada Kraftangan Malaysia, Datin Syarifah Kirana, Jovian Mandagie dan Rizalman Ibrahim. Manakala fabrik tenun yang digunakan oleh pereka – pereka ini dihasilkan oleh peserta dari Penjara Bentong, Penjara Penor, Realistic Attraction, Perniagaan Sutera Pulau Keladi dan hasil pelajar drpd IKTPD ( Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja )