Wednesday, October 20, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK KRAF LOGAM
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
28 HINGGA 30 OKTOBER 2010
tempat
FELDA RESIDENCE, KUALA TERENGGANU
penyertaan
26 PESERTA
(12 PEREKA IBUPEJABAT / CAWANGAN & 14 USAHAWAN)
anjuran
UNIT LOGAM
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
sasaran
PRODUK HIASAN RUMAH DAN CENDERAMATA KORPORAT

Friday, October 15, 2010

PROMOSI KRAF HASIL RIMBA 2010


Konsep produk Waste to Wealth merupakan menifestasi daripada perubahan gaya hidup masyarakat hari ini mementingkan keseimbangan alam sekitar dan kitar semula. Selain itu juga masyarakathari ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya tempatan yang terdapat didalam seni kraf tradisional. Secara asasnya konsep ini telah lama dipraktikkan oleh generasi terdahulu dalam mengaplikasikan sumber alam dalam kegunaan harian. Sebagai contoh penggunaan upih pinang sebagai gayung dan tempurung kelapa sebagai senduk. Bahan terbuang ini bukan sahaja diubah kepada kegunaan harian malah ianya dihias cantik (nilai estetika) supaya kelihatan lebih menarik dari bentuk asalnya. Konsep pameran Contemporary Craft for Lifestyle untuk produk ini adalah sejajar dengan gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini yang sentiasa selari dengan perubahan gaya antarabangsa. Kesesuaian produk dan gaya penampilan perlu disesuaikan supaya produk kraf hasil rimba yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak keterlaluan dari segi padanan rupa, bentuk dan warna.