Friday, December 16, 2011

Bengkel Pembangunan Rekaan Kraf Tekstil sempena HKK 2011


Pada 12 hingga 15 Disember 2011 yang lalu Unit Tekstil Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kraf Tekstil sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Hotel Ridel, Kota Bharu, Kelantan.

Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan yang berinovasi tinggi untuk menambah koleksi dan variasi pilihan rekacorak kepada penggiat, penggemar dan pengguna terhadap produk tekstil yang lebih dinamik. Disamping mewujudkan hubungan kerjasama bagi membuka ruang transformasi idea dan kemahiran antara pereka, usahawan berpengalaman dan usahawan baru. Selain itu juga bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan, rekacorak dan produk prototaip sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011.

Antara  rekaan-rekaan yang telah dibuat sample

Thursday, December 1, 2011

TENAGA PENCERAMAH SEMPENA PROGRAM BICARA KRAF WARISAN 2011

Jemputan sebagai Tenaga Penceramah sempena Program Bicara Kraf Warisan 2011

Tenaga Penceramah : Aida Shazlin Shaharom
Tempat                        : Theatre Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti             

                                       Malaysia Sabah
Tarikh                          : 9 Disember 2011

Program :

Bicara Kraf Warisan
Tajuk : Kertas Kerja pengubahsuaian corak dan motif yang diterima semua lapisan masyarakat ( merangkumi warna latar dan warna corak ) 

TAKLIMAT ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( JPK )


BAHAGIAN REKAAN - Pereka Bahagian Rekaan dari Unit Cenderamata iaitu Cik Aida Shazlin Shaharom akan menghadiri program Taklimat anjuran bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai ahli baru JPPK bertempat di Mines Wellness Hotel, Kuala Lumpur. Taklimat ini diadakan pada 01 Disember 2011. Program anjuran Bahagian Pembangunan Kepakaran.