Wednesday, June 30, 2010

PROMOSI KERJA KAHWIN 2010


“ Royally Gorgeous “ adalah konsep yang digunakan dalam pembangunan reka bentuk produk bagi promosi perkahwinan 2010.  Tema yang digunakan adalah “ Regal And Romantic “. Ia mengabungkan ciri - ciri klasik dan moden dalam kekayaan kepada  setiap  kriteria yang dihasilkan.   
Sesuatu perancangan majlis perkahwinan yang diadakan secara umum akan berkaitan dengan unsur - unsur popular dan glamour, ini adalah sebagai meraikan suatu majlis khas dan istimewa dalam suasana perkahwinan.  
Tema ini akan memberi tarikan dengan pemilihan warna - warna yang penuh dengan kekayaan ( wealthy ) daripada kombinasi warna lembut ( calm ) sehingga ke terang sebagai manifestasi kepada tema  Regal And Romantic “.
Pameran


Salam Perpisahan dan Persaraan




Salam perpisahan n 'gud bye' kat shaz n nana yang telah menamatkan praktikalnya selama 6 bulan (Jan-Jun 2010)
semoga berjaya melangsaikan pelajaran 
di Kolej Komuniti Selayang n sukses sokmo......



Salam Perpisahan & Persaraan buat Kak Arn, kenangan
bersama tetap subur diingatan kami semua.

Wednesday, June 16, 2010

Hari Jadi dan Kenaikan Pangkat


Happy besday to nazriilayatisufaridiejactazajun, kak zidin n aida.....semoga impian dan cita2
korang semua akan mencapai target.......

Tahniah kepada ila (s'gor), fu'ad (unit seramik hq)
shiba (kedah) di atas kenaikan pangkat B41 pada 1 Julai 2010,semoga kalian semua dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya......chaiyokk.....

Friday, June 11, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Seramik



Pada 6-10 Jun 2010 yang lalu, Unit Seramik Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk Seramik Fasa 1 bertempat di Marina Cove Resort, Teluk Batik Lumut, Perak. Seramai 23 peserta telah mengikuti kursus ini yang bertujuan untuk menghasilkan produk seramik yang memenuhi kehendak pasaran dan nilai fungsi masa kini serta kepelbagaian pilihan pengguna. Selain itu, tujuan bengkel ini juga untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan melalui pendedahan kaedah dan proses reka bentuk produk kraf yang bersesuaian untuk persediaan Hari Kraf Kebangsaan 2011.


Urusetia dan peserta yang terlibat dalam menjayakan bengkel

Friday, June 4, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK KRAF SERAMIK
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
6 HINGGA 10 JUN 2010
tempat
MARINA COVE RESORT, TELUK BATIK LUMUT, PERAK
penyertaan
26 PESERTA
(12 PEREKA IBUPEJABAT / CAWANGAN & 14 USAHAWAN)
anjuran
UNIT SERAMIK
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT