Wednesday, June 27, 2012

Makluman - Perunding Perkahwinan dan Solekan

Tarikh       : 27 Jun 2012
Hari          : Rabu
Masa        : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Dato' Roy Azman, Roy Busana Anggun

Tuesday, June 26, 2012

Terkini-Bengkel Asas Fotografi

PUSAT REKAAN KRAF-Bengkel Asas Fotografi telah berlangsung di Pusat Rekaan Kraf yang berlangsung selama 3 jam.  Bengkel ini disertai oleh usahawan, anggota kerja Kraftangan Malaysia, anggota kerja Karyaneka, Jabatan Penjara Kajang, Institut Raja Melewar dan orang perseorangan. 

Antara peserta daripada anggota kerja Kraftangan yang menghadiri bengkel

Peserta-peserta bengkel

 Setiap peserta diberi peluang untuk mempelajari teknik fotografi daripada Mr. Loh


Antara model dan produk yang telah diambil

Makluman-Bengkel Asas Fotografi

Tarikh       : 26 Jun 2012
Hari          : Selasa
Masa        : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Mr. Loh, DG Colour Imaging Equipment Sdn. Bhd.

Monday, June 25, 2012

Terkini-Bengkel Gubahan Bunga Telur

PUSAT REKAAN KRAF-Kini sedang berlangsungnya Bengkel Gubahan Bunga Telur di Pusat Rekaan Kraf. Seramai beberapa orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada usahawan, anggotakerja Kraftangan dan orang perseorangan. 







Makluman - Bengkel Gubahan Bunga Telur

Tarikh       : 25 Jun 2012
Hari          : Isnin
Masa        : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Puan Zura Mustaffa, Secret Garden Enterprise

PENYEDIAAN TEMPAT BENGKEL GUBAHAN BUNGA TELUR



TEMPAT : 
PUSAT REKAAN KRAF, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Peragaan Fesyen sempena Promosi Kerja Kahwin 2012

KOMPLEKAS KRAF KUALA LUMPUR, 24 Jun 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 yang bertempat di Seri Panggung pada jam 3.00 petang.  

Sebanyak 94 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik, tenun dan songket. Koleksi pakaian yang diperagakan adalah merupakan koleksi pakaian usahawan dan pereka Kraftangan Malaysia sendiri.




Tuesday, June 19, 2012

Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan

PROGRAM PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN
SEMPENA 
PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

TARIKH :
25 - 27 JUN 2012





Monday, June 18, 2012

Makmal Rekabentuk Teknikal Under/On Glaze dan Kemasan Decal


BAHAGIAN REKAAN – Pada 12-15 Jun 2012, Unit Seramik, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Rekaan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah mengadakan Makmal Rekabentuk Under/On Glaze dan Kemasan Decal bersempena dengan promosi yang akan diadakan sepanjang tahun 2012 yang bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Seramai 13 orang pereka kraf dan 11 usahawan yang terdiri daripada Negeri Sarawak, dan Perak telah mengikuti makmal ini.
           
            Makmal Rekaan ini bertujuan untuk memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. Makmal ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluara pasaran semasa.




Friday, June 15, 2012

Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Kraf Aidilfitri 2012


BAHAGIAN REKAAN - Pada 12 - 15 Jun 2012, Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Promosi Kraf Aidilfitri bagi tahun 2012 yang bertempat di Impiana Resort Cherating, Pahang. Seramai 9 orang pereka kraftangan dan 36 usahawan daripada Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Perak telah mengikuti makmal ini.

Makmal Rekaan ini bertujuan mengetengahkan produk bagi golongan generasi muda dan pakej untuk satu keluarga bagi pasaran Kraf Aidilfitri. Selain daripada itu makmal ini juga bertujuan untuk mempromosikan produk kraf Malaysia khususnya produk batik, tenun & sulaman melalui rekaan fesyen aidilfitri masa kini dengan mengetengahkan rekacorak dan kepelbagaian fungsi untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.

Ucapan pembukaan oleh ketua penyelaras makmal iaitu Puan Hajah Rodziah Md Yusoff

Sesi penyerahan pola rekaan kepada usahawan. 

Sesi perletakan motif pada pola rekaan




Sesi perletakkan pola pada kain


Tuesday, June 12, 2012

UNIT FESYEN : Peragaan Fesyen sempena Belilah Barangan Malaysia 2012

BAHAGIAN REKAAN 8 Jun 2012 - Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah mengadakan satu peraagan fesyen baru-baru ini. Penganjuran peragaan fesyen ini diadakn bersempena dengan Promosi Belilah Barangan Malaysia 2012 bertempat di Putra Wolrd Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur.
     
Sebanyak 12 pasang busana batik telah diperagakan. Kesemua busana ini adlah koleksi-koleksi pereka-pereka Kraftangan Malaysia. AIDA ZULKAFFLI


Friday, June 8, 2012

Makluman-Makmal Teknikal Kemasan On/Under Glaze dan Aplikasi Decal 2012


Tarikh   : 11-15 Jun 2012
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Perak

Objektif
  1. Memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. 
  2. Memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluaran pasaran semasa.

Monday, June 4, 2012

UNIT FESYEN : Pencarian Gadis Jelita 2011

BAHAGIAN REKAAN 2 Jun 2012 - Berita Publishing telah mengadakan peragaan fesyen bagi Pencarian Gadis Jelita 2011 ( PGJ 2011 )  peringkat akhir bertempat di Seri  Pacific Hotel,  Kuala Lumpur pada 2 Jun 2012 baru-baru ini. PGJ 2011 ini dimulakan kira-kira pada jam 3:30 petang. Kesemua peserta yang terdiri daripada 12 orang dari seluruh negara, telah memperagakan 12  koleksi  evening dress songket rekaan Puan Hajah Rodziah Mohd Yusof ( pereka Bahagian Rekaan di Kraftangan Malaysia ). Kepada semua pemenang sekalung ucapan tahniah diucapkan. - AIDA ZULKAFFLI



Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 11/2012


Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf