Friday, June 15, 2012

Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Kraf Aidilfitri 2012


BAHAGIAN REKAAN - Pada 12 - 15 Jun 2012, Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Promosi Kraf Aidilfitri bagi tahun 2012 yang bertempat di Impiana Resort Cherating, Pahang. Seramai 9 orang pereka kraftangan dan 36 usahawan daripada Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Perak telah mengikuti makmal ini.

Makmal Rekaan ini bertujuan mengetengahkan produk bagi golongan generasi muda dan pakej untuk satu keluarga bagi pasaran Kraf Aidilfitri. Selain daripada itu makmal ini juga bertujuan untuk mempromosikan produk kraf Malaysia khususnya produk batik, tenun & sulaman melalui rekaan fesyen aidilfitri masa kini dengan mengetengahkan rekacorak dan kepelbagaian fungsi untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.

Ucapan pembukaan oleh ketua penyelaras makmal iaitu Puan Hajah Rodziah Md Yusoff

Sesi penyerahan pola rekaan kepada usahawan. 

Sesi perletakan motif pada pola rekaan




Sesi perletakkan pola pada kain


No comments: