Monday, December 24, 2012

Peragaan Fesyen Sempena Malam Media dan Cubism Nite 2012

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 21 Disember 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Malam Mesra Media dan Cubism Nite 2012 yang telah berlangsung di Laman Plaza pada jam 8.30 malam. Peragaan ini dibarisi oleh jelitawan-jelitawan yang menyertai Miss Tourism International 2012 yang memperagakan pakaian batik koleksi Kraftangan Malaysia. Sebanyak 53 helai koleksi pakaian telah diperagakan, semua koleksi pakaian tersebut dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dengan menggunakan warna-warna pop art di samping memperkenalkan rekaan cubism yang menjadi trend bagi tahun 2013.