Thursday, January 31, 2013

PERTANDINGAN PRODUK KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013


Terbuka kepada semua usahawan kraf tempatan yang menyertai jualan kraf 
di Hari Kraf Kebangsaan 2013 sahaja.


KRITERIA PEMILIHAN 

Keaslian
Memaparkan indentiti budaya dan nilai-nilai estetik tradisional :
melalui paparan nilai estetik dan kebudayaan tempatan.

Inovasi
Inovasi dalam rekabentuk dan pengeluaran :
ditunjukkan oleh campuran penggunaan bahan, rekabentuk dan proses pengeluaran yang tradisional dan kontemporari dan kreatif.

Kebolehan pasaran
Kebolehanpasaran produk kraf yang mempunyai potensi untuk pasaran serantau atau antarabangsa :
berkaitan dengan fungsi produk, penggunaan yang selamat hubungan harga dan kualiti yang seimbang atau kemampuan pengeluaran.

Pemilihan Bahan
Kecemerlangan yang ditunjukkan dan penetapan piawaian kualiti dalam :
ditentukan oleh penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi khususnya kepada pembuatan. Bahan hendaklah 70% kategori bidang yang dimasuki dan 30% lagi campuran bahan.

Mesra alam ( kemasan )
Berkenaan alam sekitar dalam bahan dan teknik pengeluaran :
Contoh penelitian dari segi kemasan akhir melalui penggunaan pewarna semulajadi, gentian asli, bahan kitar semula dan penggunaan bahan-bahan dan proses pengeluaran yang mesra alam.

Persembahan dan Pembungkusan
Kaedah pembungkusan yang kemas dan  menarik :
Bersesuaian dengan produk bagi menjamin ketahanan dan keselamatan produk tersebut.

Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung  Urusetia Pertandingan Produk Kraf 2013, Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 






Tuesday, January 29, 2013

MESYUARAT PERSEMBAHAN REKAAN PEREKA KRAFTANGAN MALAYSIA IBU PEJABAT : 01/2013


TARIKH : 
30 JANUARI 2013 ( RABU )

MASA :
9:00 PAGI

TEMPAT :
PUSAT REKAAN KRAF, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Tuesday, January 1, 2013

FORMAT "LAYOUT" PERSEMBAHAN REKAAN 2013

 Format Persembahan Rekaan A4 - POTRAIT

 Format Persembahan Rekaan A4 - LANSKAP

 Format Persembahan Rekaan A3 - LANSKAP

Contoh Mengisi Format Persembahan Rekaan A4

*Format yang digunapakai oleh pereka-pereka dalam menghasilkan rekaan dan tempahan produk bermula 2013. Sebarang keterangan, bolehlah berhubung terus dengan Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan.