OBJEKTIF
Menjadi penggerak dan peneraju dalam membangunkan produk kraf untuk empat bidang kraf utama iaitu Tekstil, Seramik, Logam dan Hasil Rimba yang berdaya saing di dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
Di bawah aktiviti ini terdapat beberapa projek yang akan memberi penekanan kepada usaha– usaha membangunkan produk–produk kraf yang berorientasikan pasaran serta mengekalkan seni dan budaya tempatan dan seni kemahiran. Projek-projek tersebut ialah:-
AKTIVITI PEMBANGUNAN PRODUK
- Rekaan dan Prototaip
- Penyediaan rekaan baru berasaskan input pasaran serta penyediaan prototaip dengan kerjasama pengusaha kraf tempatan. Empat pendekatan telah dilakukan dalam menyedia dan memperkenalkan produk-produk baru kepada pengusaha seperti berikut:
- Menyediakan rekacorak eksklusif yang berupaya dan mampu dikeluarkan oleh pengusaha;
- Menyediakan rekaan yang dapat dijadikan trend setter dalam pasaran;
- Menyediakan rekaan yang mempunyai nilai-nilai kesenian dan estetika yang tinggi sesuai untuk pasaran domestik dan antarabangsa;
- Menyediakan kepelbagaian rekaan baru yang menekankan kepada penggabungan penggunaan bahan dan teknologi baru.
- Penyediaan rekaan baru berasaskan input pasaran serta penyediaan prototaip dengan kerjasama pengusaha kraf tempatan. Empat pendekatan telah dilakukan dalam menyedia dan memperkenalkan produk-produk baru kepada pengusaha seperti berikut:
- Khidmat Kepakaran
- Membawa masuk pakar dari luar negara secara berkala mengikut fokus sektor pasaran dalam aspek rekaan dan pembangunan produk bagi bidang kraf Tekstil, Seramik, Logam dan Hasil rimba.
- Pembungkusan
- Memperkenalkan kraf sebagai pembungkusan produk. Penghasilan pelbagai rupabentuk pembungkusan yang diperbuat daripada bahan kraf seperti kulit kayu dan pelbagai jenis anyaman. Mengadakan bengkel/seminar pembangunan produk dan pembungkusan untuk pengusaha-pengusaha kraf.
AKTIVITI HIASAN DALAMAN
- Mengadakan perkhidmatan hiasan dalaman, mengadakan product display, window dressing dan lain-lain perkhidmatan hiasan dalaman bagi membantu aktiviti promosi diperingkat domestik dan antarabangsa.
AKTIVITI PUSAT REKAAN KRAF
- Pusat rujukan setempat dari segi rekaan dan prototaip, teknologi, penggunaan bahan serta pembungkusan. Pusat rujukan kepada pengusaha kraf, di mana pengusaha kraf boleh membuat rujukan koleksi rekaan dan gambar produk contoh yang disimpan dalam sistem e-rekaan. Perkhidmatan ini memberi peluang kepada pengusaha kraf untuk menjana idea dalam merekacipta produk kraf ke arah mempelbagaikan penghasilan produk kraf mengikut citarasa pasaran.
- Menerajui usaha-usaha penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang terkini dalam penyediaan rekaan produk kraf.
- Mengadakan bengkel/kursus/seminar dalam aspek rekaan dan pembungkusan produk untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengusaha terhadap rekaan dan kaedah pembungkusan produk kraf terkini.
- Penyebaran maklumat kraf berkala kepada pereka dan usahawan yang terlibat mengenai perkembangan dalam industri kraf.