Tuesday, February 28, 2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 4/2012


Tarikh : 28 Februari 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf

Monday, February 27, 2012

Makmal Rekaan dan Teknikal Pemadanan Warna Tenunan Songket Teknik Ikat Cuai

Tarikh   : 5 -  8 Mac 2012
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu

Objektif
  1. Membantu usahawan tenunan meningkatkan pengeluaran produk tenunan sebagai persediaan untuk Promosi Kerja Kahwin 2012.
  2. Meningkatkan kreativiti usahawan yang terlibat di dalam penggunaan dan kombinasi warna untuk produk tenunan.
  3. Memberi pendedahan kepada usahawan dengan teknik ikat cuai dan pencelupan warna.
  4. Memberi kefahaman dalam penghasilan produk-produk kraf tenunan yang berlandaskan konsep aliran Pop Art.

Thursday, February 16, 2012

Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial Zon A dan Zon B


KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2012 - Unit Tekstil Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kraftangan Malaysia dengan Kerjasama Unit Fesyen dan Pusat Rekaan Kraf menganjurkan Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012. Makmal Rekaan ini dibahagikan kepada Zon A dan Zon B. Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial Zon A dilaksanakan pada 29 Januari hinggga 1 Februari 2012 di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan. Manakala, Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial Zon B dilaksanakan pada 8 - 11 Februari 2012 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Resort Pahang.
Makmal Rekaan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman kepada usahawan dan pereka dengan rekaan batik komersial berkonsepkan ‘Pop Art’ serta meningkatkan kreativiti dan inovasi  dalam pembangunan produk batik dan fesyen melalui  kepelbagaian sumber bahan dan teknik-teknik mengikut konsep ‘Pop Art’. 

Seramai 42 orang pereka dan usahawan dari negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) mengikuti kursus Makmal Rekaan Fesyen  Batik Komersial di Zon A, manakala Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial Zon B pula  disertai seramai 39 orang pereka dan usahawan dari Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial  Zon A








Makmal Rekaan Fesyen Batik Komersial  Zon B