Wednesday, July 28, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN KRAF
ANYAMAN PANDAN, MENGKUANG DAN BULUH FASA 2
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
3 HINGGA 7 JULAI 2010
tempat
KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU
penyertaan
18 PESERTA
anjuran
UNIT HASIL RIMBA
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT

Thursday, July 15, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Kayu Fasa 2


Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Kayu Fasa 2 Unit Hasil Rimba Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Kayu Fasa 2 di Pusat Pembangunan Kraf Temerloh.  Bengkel  selama lima hari yang akan berlangsung pada 10 hingga 14 Julai bertujuan mengenengahkan dan membangunkan rekabentuk kontemporari dan mempunyai ciri-ciri citarasa terkini untuk dipasarkan pada Promosi Kraf Hasil Rimba pada bulan Oktober ini dan Hari Kraf Kebangsaan 2011.



 Lawatan En. Zubair, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang ke Bengkel

Thursday, July 8, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Anyaman Pandan, Mengkuang dan Buluh Fasa 2


Hasil Rimba Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Anyaman Pandan, Mengkuang dan Buluh Fasa 2 di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Bengkel selama lima hari yang akan berlangsung pada 3 hingga 7 Julai bertujuan mengenengahkan dan membangunkan rekabentuk kontemporari dan mempunyai ciri-ciri citarasa terkini untuk dipasarkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2011.


Di samping itu penganjuran bengkel ini dapat memberi pendedahan penghasilan produk rekaan pilihan pengguna dan penyampaian maklumat terkini rekaan produk anyaman. Seramai 18 peserta akan mengikuti bengkel ini yang akan didedahkan kepada kaedah dan proses rekabentuk produk anyaman.

Hasrat Kraftangan Malaysia dengan penganjuran bengkel sebegini usahawan kraf dapat memanfaatkan ilmu baru rekaan dan diterapkan kepada bentuk produk yang akan dihasilkan di samping mewujudkan kerjasama erat di antara usahawan dan pereka-pereka Kraftangan Malaysia.