Monday, December 24, 2012

Peragaan Fesyen Sempena Malam Media dan Cubism Nite 2012

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 21 Disember 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Malam Mesra Media dan Cubism Nite 2012 yang telah berlangsung di Laman Plaza pada jam 8.30 malam. Peragaan ini dibarisi oleh jelitawan-jelitawan yang menyertai Miss Tourism International 2012 yang memperagakan pakaian batik koleksi Kraftangan Malaysia. Sebanyak 53 helai koleksi pakaian telah diperagakan, semua koleksi pakaian tersebut dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dengan menggunakan warna-warna pop art di samping memperkenalkan rekaan cubism yang menjadi trend bagi tahun 2013.


Saturday, November 10, 2012

PROGRAM BICARA KREATIF ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF BAHAGIAN REKAAN

KOMPLEKS KRAF,  9 Nov. - Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan telah berjaya menganjurkan Program Bicara Kreatif bersempena Promosi Kraf Inspirasi Alam 2012 pada 5 hingga 8 November 2012. Program yang diadakan merupakan salah satu aktiviti yang dirangka oleh Pusat Rekaan Kraf bagi penyebaran maklumat kepada usahawan kraf dan pelajar. Program ini telah menarik pelajar-pelajar dari IKN dan UPM selain usahawan kraf sendiri. Semoga program seperti ini dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan terutama dari pereka.


Thursday, November 1, 2012

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012




SEMUA DIJEMPUT HADIR. MASUK ADALAH PERCUMA.

Tuesday, October 16, 2012

Makmal Pasaran & Pembangunan Produk Bil. 03/2012


BAHAGIAN REKAAN – Pada 16 - 18 Oktober 2012, Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil 03/2012 dengan kerjasama Bahagian Pasaran & Promosi. Makmal ini telah diadakan selama 3 hari bertempat di Mines Wellness Hotel, Mines Resort City Seri Kembangan, Selangor. Seramai 70 pereka dan 36 anggota kerja Bahagian Promosi ibu pejabat dan cawangan  telah menghadiri makmal ini.

Makmal rekaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua anggota kerja ibu pejabat dan cawangan dari Bahagian Rekaan dan Bahagian Pasaran & Promosi dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza dalam pembangunan reka bentuk kraf tempatan dalam Promosi Domestik dan Antarabangsa sepanjang tahun 2013.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Ybhg. Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.


Diantara Program yang telah dijalankan semasa Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil.03/2012 adalah seperti berikut :-

Seminar Motivasi bertajuk "Menganjak Sikap, Mengupaya Organisasi" oleh Puteh Consultant




Pembentangan Cubism Concept Oleh Encik Yusak Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan



Percambahan Fikiran bagi Konsep dan Aktiviti bagi Tahun 2013


Pembentangan oleh ketua Kumpulan bagi sesi Percambahan Fikiran bagi Konsep dan 
Aktiviti bagi Tahun 2013


Pembentangan Pengetahuan dan Pengalaman Pereka-Pereka dan Pegawai Promosi bagi Program Promosi Antarabangsa Domestik bagi tahun 2012


Mesyuarat Pereka-Pereka Kraftangan Malaysia Bil.03/2012 dan 
Pembentangan Prestasi Pembangunan Produk Rekaan & Prototaip Bagi Tahun 2012 


Wednesday, October 3, 2012

Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012


BAHAGIAN REKAAN – Pada 19-23 September 2012, Unit Tekstil, dengan kerjasama Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012 bersempena dengan promosi yang akan diadakan. Makmal rekaan ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 19 - 23 September 2012 bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang seramai 14 orang pereka kraf dan 31 usahawan  berserta tukang jahit yang terdiri daripada Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.            

Makmal rekaan ini bertujuan untuk mendedahkan usahawan tekstil dan tukang jahit bekerjasama dalam menghasilkan produk siap (pakaian) komersial untuk pengeluaran. Selain itu, ianya bertujuan meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk batik dan kepelbagaian sumber bahan dan teknik-teknik mengikut konsep POP ART.






Monday, September 3, 2012

Peragaan Fesyen sempena Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri- Menteri Ekonomi ASEAN ( AEM Retreat )




 CAMBODIA, 29 Ogos 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan  9 helai koleksi pakaian menggunakan kraf negara seperti batik dan songket bagi acara ASEAN fashion Show pada 28-30 Ogos 2012, yang turut disertai negara- negara ASEAN yang lain bagi meraikan majlis Gala Dinner bersempena Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ( AEM Retreat ) anjuran Kementerian Perdagangan Kemboja dengan kerjasama Persatuan Pengilang Pakaian Kemboja dengan diselaraskan dengan kerjasama daripada pihak MATRADE Malaysia.



Wednesday, August 8, 2012

Slot Wawancara Selamat Pagi Malaysia sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012


ANGKASAPURI, 2 Ogos 2012 Pereka Kraftangan Malaysia iaitu Encik Azran Arip telah diwawancara secara langsung TV1 bagi program Selamat Pagi Malaysia bertempat di studio 2, Wisma TV, Angkasapuri. Wawancara ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Aidilfitri yang sedang berlangsung pada 1 hingga 12 Ogos 2012.
Sebanyak 6 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Koleksi pakaian yang diperagakan adalah pakaian moden kontemporari dan baju melayu. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Makmal Rekaan Fesyen Komersial sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang telah dilaksanakan pada 12-15 Jun 2012 di Impiana Resort Cherating, Pahang. Istimewanya koleksi pakaian ini telah diperagakan oleh anggotakerja Kraftangan Malaysia sendiri.


Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen

Wednesday, August 1, 2012

Promosi Kraf Aidilfitri 2012

Promosi Kraf Aidilfitri kini sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur........


Wednesday, July 25, 2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 12/2012


Tarikh : 25 Julai 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf

Monday, July 23, 2012

Sesi Fotografi Majalah Jelita keluaran September 2012


KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 18 Julai 2012 bertempat di sekitar kompleks Kraf, Kuala Lumpur sebanyak 10 helai koleksi pakaian songket kontemporari telah dipilih bagi sesi fotografi untuk Majalah Jelita keluaran September akan datang. Semua koleksi yang diperagakan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu tenun dan songket. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Pereka Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia. 


Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen
Koleksi gambar ini adalah ikhsan  daripada Majalah Jelita

Friday, July 20, 2012

Peragaan Fesyen sempena Pra Pelancaran Promosi Kraf Aidilfitri 2012


KOMPLEKAS KRAF KUALA LUMPUR, 19 Julai 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang bertempat di Laman Wau pada jam 2.30 petang.  Pra pelancaran ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Aidilfitri yang akan berlangsung pada 1 -12 Ogos 2012.
Sebanyak 51 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dan tenun. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Makmal Rekaan Fesyen Komersial sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang telah dilaksanakan pada 12-15 Jun 2012 di Impiana Resort Cherating, Pahang. Istimewanya koleksi pakaian ini juga diperagakan oleh anggotakerja Kraftangan Malaysia sendiri selain daripada model professional.

Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen

Monday, July 16, 2012

Peragaan Fesyen sempena Miss Tourism Malaysia 2012


KUALA LUMPUR, 13 Julai 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Miss Tourism Malaysia 2012 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang bertempat di Grand Dorset, Subang.
Sebanyak 42 koleksi pakaian telah diperagakan pada malam tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik yang berkonsepkan pakaian ‘village’, ‘city’ dan ‘beach wear’.


 Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen

Wednesday, June 27, 2012

Makluman - Perunding Perkahwinan dan Solekan

Tarikh       : 27 Jun 2012
Hari          : Rabu
Masa        : 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Dato' Roy Azman, Roy Busana Anggun

Tuesday, June 26, 2012

Terkini-Bengkel Asas Fotografi

PUSAT REKAAN KRAF-Bengkel Asas Fotografi telah berlangsung di Pusat Rekaan Kraf yang berlangsung selama 3 jam.  Bengkel ini disertai oleh usahawan, anggota kerja Kraftangan Malaysia, anggota kerja Karyaneka, Jabatan Penjara Kajang, Institut Raja Melewar dan orang perseorangan. 

Antara peserta daripada anggota kerja Kraftangan yang menghadiri bengkel

Peserta-peserta bengkel

 Setiap peserta diberi peluang untuk mempelajari teknik fotografi daripada Mr. Loh


Antara model dan produk yang telah diambil

Makluman-Bengkel Asas Fotografi

Tarikh       : 26 Jun 2012
Hari          : Selasa
Masa        : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Mr. Loh, DG Colour Imaging Equipment Sdn. Bhd.

Monday, June 25, 2012

Terkini-Bengkel Gubahan Bunga Telur

PUSAT REKAAN KRAF-Kini sedang berlangsungnya Bengkel Gubahan Bunga Telur di Pusat Rekaan Kraf. Seramai beberapa orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada usahawan, anggotakerja Kraftangan dan orang perseorangan. 







Makluman - Bengkel Gubahan Bunga Telur

Tarikh       : 25 Jun 2012
Hari          : Isnin
Masa        : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat     : Pusat Rekaan Kraf

Tenaga Pengajar
Puan Zura Mustaffa, Secret Garden Enterprise

PENYEDIAAN TEMPAT BENGKEL GUBAHAN BUNGA TELUR



TEMPAT : 
PUSAT REKAAN KRAF, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Peragaan Fesyen sempena Promosi Kerja Kahwin 2012

KOMPLEKAS KRAF KUALA LUMPUR, 24 Jun 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 yang bertempat di Seri Panggung pada jam 3.00 petang.  

Sebanyak 94 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik, tenun dan songket. Koleksi pakaian yang diperagakan adalah merupakan koleksi pakaian usahawan dan pereka Kraftangan Malaysia sendiri.




Tuesday, June 19, 2012

Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan

PROGRAM PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN
SEMPENA 
PROMOSI KERJA KAHWIN 2012

TARIKH :
25 - 27 JUN 2012