Monday, January 2, 2012

Bengkel Rekaan Fesyen dan Operasi Pengeluaran Pakaian



Pada 26 hingga 31 Disember 2011 yang lalu Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Rekaan Fesyen dan Operasi Pengeluaran Pakaian sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Kolej Universiti Lagenda, Mantin, Negeri  


Bengkel ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan produk pakaian yang mempunyai nilai komersial dengan penggunaan produk kraf seperti fabrik songket, tenun, batik dan sulaman sebagai elemen utama produk. Selain itu, melalui bengkel ini dapat membantu usahawan dalam melahirkan idea dan rekaan yang dapat membantu pengeluaran kraf negara yang telah diubahsuai mengikut trend dan permintaan semasa dari luar dan dalam negara.