Friday, August 5, 2011

APA ITU POP ART


Pop Art’, iaitu salah satu aliran seni visual yang dipopularkan oleh karyawan barat berkaitan seni yang menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku pada masyarakat seharian. Perkataan ‘Pop’, adalah singkatan dari perkataan popular, manakala ‘Art’ adalah seni, maka gerakan seni moden ini adalah peniruan kaedah, gaya dan tema yang popular berkaitan kebudayaan, politik, media massa, karektor komik, pengiklanan dan  sains fiksyen.
            Gerakan dan gaya seni moden ini juga, mementingkan warna yang cerah dan ceria untuk memberi gambaran kehidupan yang indah, harmoni, selesa dan riang sepanjang zaman. Konsep dan rekaan beridentitikan ciri-ciri tempatan yang merangkumi pelbagai bangsa dan juga budaya tempatan. Kreativiti dan inovasi juga melibatkan subjek flora dan fauna yang di olah dalam bentuk sejadi atau diabstrakkan mengikut kreativiti tersendiri. Perkembangan idea juga melibatkan proses rekaan yang lebih moden dan kontemporari tetapi bersesuaian untuk  pasaran tempatan dan antarabagsa.

CONTOH-CONTOH PRODUK BERKONSEPKAN POP ART




Thursday, August 4, 2011

PENGHANTARAN REKAAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 UNTUK MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN MUTU BIL 2/2011

Memohon pereka-pereka cawangan menghantar rekaan-rekaan yang telah dihasilkan di peringkat cawangan bagi disemak dan diluluskan oleh Pengarah Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat selewat-lewatnya sebelum Isnin08 OGOS 2011 jam 12:00 tengahari untuk dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Mutu BIL 2/2011. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan, Ibupejabat.