Tuesday, May 29, 2012

UNIT FESYEN : PERAGAAN FESYEN SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012


PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diselaraskan persembahan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  bertempat di Putrajaya baru-baru ini. 
Menurut juru lapor, sebanyak 70 helai koleksi rekaan batik Kraftangan Malaysia telah diperagakan dimana sebanyak 48 koleksi pakaian wanita dan 22 koleksi pakaian lelaki telah diperagakan pada temasya tersebut yang diadakan sebanyak 2 sesi yang berlainan. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik. - AIDA BT. ZULKAFLI.

Friday, May 25, 2012

Makmal Rekabentuk Anyaman Kedua Anyaman Pandan, Mengkuang dan Bemban


BAHAGIAN REKAAN – Pada 20-24 Mei 2012, Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekabentuk Kedua Anyaman Pandan, Mengkuang dan Bemban bersempena dengan Promosi Seni Jalinan Kraf 2012 dan hari Kraf Kebangsaan 2013 yang bertempat di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Seramai 8 orang pereka kraf dan 10 usahawan yang terdiri daripada Negeri Sarawak, Pahang dan Terengganu telah mengikuti makmal ini.
           
            Makmal Rekaan ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan dan produk yang pelbagai serta memenuhi pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini. Selain itu, makmal rekabentuk ini akan memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan selain pendedahan kaedah dan proses rekabentuk produk kraf yang bersesuaian. Dengan ini industri dan budaya kraf akan dapat dipulihara melalui penggunaan motif, kemahiran dan bahan selain pendedahan-pendedahan baru seperti warna, bentuk dan kaedah penggunaan oleh pengusaha kraf tempatan dengan kerjasama pereka Kraftangan Malaysia.




Thursday, May 17, 2012

Makluman-Makmal Rekabentuk Kedua Anyaman Pandan, Mengkuang dan Bemban


Tarikh   : 20 - 24 Mei 2012
Tempat : Suria Beach Resort, Merang, Terengganu
Objektif
  1. Menghasilkan rekaan dan produk yang pelbagai serta memenuhi pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini. 
  2. Memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan selain pendedahan kaedah dan proses rekabentuk produk kraf yang bersesuaian. Dengan ini industri dan budaya kraf akan dapat dipulihara melalui penggunaan motif, kemahiran dan bahan selain pendedahan-pendedahan baru seperti warna, bentuk dan kaedah penggunaan oleh pengusaha kraf tempatan dengan kerjasama pereka Kraftangan Malaysia.

Tuesday, May 15, 2012

UNIT HASIL RIMBA : MAKMAL REKA BENTUK PERTAMA : ANYAMAN RIBU-RIBU, ROTAN DAN BULUH


KUDAT, 06 Mei 2012 - Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Reka Bentuk Pertama : ANYAMAN RIBU-RIBU, ROTAN DAN BULUH. Makmal yang berlangsung selama 10 hari ini bermula pada 06 - 10 Mei 2012 lalu, di Kudat Golf & Marina Resort, Sabah. Seramai 10 pereka terlibat, masing-masing dari Ibu Pejabat serta cawangan (Sabah dan Negeri Sembilan) dan seramai 14 usahawan (Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Melaka) dalam bidang kraf anyaman telah mengikuti makmal ini.
          Menurut Ketua Penyelaras, iaitu Encik Abdul Halim b. Ali, objektif utama makmal ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan selain pendedahan kaedah dan proses rekabentuk produk kraf yang bersesuaian. Selain itu, makmal ini mampu menghasilkan rekaan dan produk yang pelbagai serta memenuhi pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini. Katanya lagi, setiap rekaan akan dihasilkan produk dan dikeluarkan pada Promosi Kerja Kahwin 2012 yang akan datang. URUSETIA.



Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 10/2012


Tarikh : 16 Mei 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf

Thursday, May 10, 2012

Takziah....

Takziah kepada Pengarah Bahagian Rekaan, Encik Yusak Mahamud di atas pemergian ibu mertuanya pada petang semalam. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...

amin....

Al-fatihah....

Wednesday, May 9, 2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 9/2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil.9/2012 telah diadakan pada 9 Mei 2012 untuk membentangkan rekaan-rekaan baru sempena Promosi Kerja Kahwin 2012 dan Promosi Kraf Aidilfitri bertempat di Pusat Rekaan Kraf Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi. Seramai 9 orang pereka telah menyertai persembahan rekaan tersebut. Pereka cawangan yang terlibat adalah daripada Kraftangan Cawangan Sarawak iaitu Encik Ismail bin Ibrahim.

Friday, May 4, 2012

Makluman : Makmal Rekabentuk Anyaman Ribu-Ribu, Rotan dan Buluh Fasa 1


Tarikh   : 6 - 10 Mei 2012
Tempat : Kudat Golf & Marina Resort Kudat, Sabah

Objektif

  1. Menghasilkan rekaan dan produk yang memenuhi dan mempelbagaikan pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini.
  2. Memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan.

Wednesday, May 2, 2012

Demam Induksi Umum.....

Anggotakerja Bahagian Rekaan @lin, sh@d@, cik @i, nurul, kh@l & yus akan menghadiri Kursus Induksi Umum pada 3-10 Mei 2012 di Cherating dan Pulau Pangkor......kami semua mendoakan korang semua berjaya dan sukses sokmo........

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 9/2012


Tarikh : 9 Mei 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf