Tuesday, May 15, 2012

UNIT HASIL RIMBA : MAKMAL REKA BENTUK PERTAMA : ANYAMAN RIBU-RIBU, ROTAN DAN BULUH


KUDAT, 06 Mei 2012 - Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Reka Bentuk Pertama : ANYAMAN RIBU-RIBU, ROTAN DAN BULUH. Makmal yang berlangsung selama 10 hari ini bermula pada 06 - 10 Mei 2012 lalu, di Kudat Golf & Marina Resort, Sabah. Seramai 10 pereka terlibat, masing-masing dari Ibu Pejabat serta cawangan (Sabah dan Negeri Sembilan) dan seramai 14 usahawan (Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Melaka) dalam bidang kraf anyaman telah mengikuti makmal ini.
          Menurut Ketua Penyelaras, iaitu Encik Abdul Halim b. Ali, objektif utama makmal ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan selain pendedahan kaedah dan proses rekabentuk produk kraf yang bersesuaian. Selain itu, makmal ini mampu menghasilkan rekaan dan produk yang pelbagai serta memenuhi pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini. Katanya lagi, setiap rekaan akan dihasilkan produk dan dikeluarkan pada Promosi Kerja Kahwin 2012 yang akan datang. URUSETIA.



No comments: