Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

PROGRAM TEAM BUILDING ANGGOTAKERJA KRAFTANGAN MALAYSIA
tarikh
19 - 21 DISEMBER 2010
tempat
CENTURY PINES RESORT, CAMERON HIGHLAND
penyertaan
49 PESERTA
anjuran
PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
dengan kerjasama
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, IBUPEJABAT

Monday, November 1, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam


Pada 28 hingga 30 Oktober 2010 yang lalu Unit Logam Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Felda Residence, Kuala Terengganu. 

Bengkel ini bertujuan menghasilkan rekaan-rekaan produk logam yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada hiasan rumah serta cenderamata korporat. Selain itu, bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada pereka dan usahawan untuk bekerjasama dalam janaan idea bagi penghasilan rekaan produk Tembaga, Pewter dan Perak.

 
Pengarah Bahagian Rekaan, En Yusak b. Mahamud merasmikan Bengkel Rekabentuk Kraf Logam.


Pengarah PKKM Caw. Terengganu En. Zahir dan Ketua Unit Logam, En. Yunus memberi penerangan berkaitan Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam kepada peserta.

 
Pereka dan usahawan bersama-sama berbincang untuk mengeluarkan idea dan menghasilkan rekaan.