Thursday, April 22, 2010

Bengkel Fesyen 'Pesona Pengantin'


Pada 18 hingga 21 April 2010 yang lalu Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Fesyen "Pesona Pengantin" sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Bengkel ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan produk pakaian pengantin yang menggunakan produk kraf seperti kain songket, tenun, batik dan sulaman sebagai elemen utama produk. Seterusnya membantu usahawan dalam melahirkan idea dan rekaan yang dapat membantu pengeluaran produk kraf negara yang telah diubahsuai mengikut tren dan permintaan  semasa daripada luar dan dalam negara.


Monday, April 5, 2010

HARI KRAF KEBANGSAAN 2010


Konsep “Modern Craft for Urban Lifestyle” merupakan 
menifestasi daripada perubahan gaya hidup masyarakat hari ini dalam mengekalkan ciri-ciri budaya yang terdapat didalam seni 
kraf tempatan. Sejajar dengan konsep 1 Malaysia menjadi asas tema produk baru yang dihasilkan perlu menerapkan kepelbagaian etnik, budaya dan bangsa yang ada di Malaysia selagi mengikut konsep yang ditetapkan diatas. Konsep “Modern Craft for Urban Lifestyle” dan tema 1 Malaysia perlu disesuaikan supaya produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak keterlaluan dari segi padanan rupa, bentuk dan warna.

Pameran










Peragaan Fesyen
Peragaan fesyen daripada pereka Kraftangan dan pereka luar