Thursday, April 22, 2010

Bengkel Fesyen 'Pesona Pengantin'


Pada 18 hingga 21 April 2010 yang lalu Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Fesyen "Pesona Pengantin" sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. 

Bengkel ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan produk pakaian pengantin yang menggunakan produk kraf seperti kain songket, tenun, batik dan sulaman sebagai elemen utama produk. Seterusnya membantu usahawan dalam melahirkan idea dan rekaan yang dapat membantu pengeluaran produk kraf negara yang telah diubahsuai mengikut tren dan permintaan  semasa daripada luar dan dalam negara.


No comments: