Thursday, August 19, 2010

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2010


    “ Bingkisan Lebaran “ adalah konsep yang digunakan dalam pembangunan reka bentuk produk bagi promosi Aidilfitri 2010. Ilham gabungan ciri - ciri klasik dan kontemporari dengan penyerlahan suasana perayaan, perlu digambarkan kepada setiap kateria produk yang dihasilkan. Sambutan perayaan Aidilfitri secara umum berkaitan dengan unsur - unsur kemeriahan dan keriangan dalam ketulusan semangat menyambut keramaian perayaan.

Wednesday, August 11, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN KRAF
ANYAMAN RINAGO, BULUH DAN ROTAN FASA 2
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
31 HINGGA 4 OGOS 2010
tempat
INKUBATOR KRAF KUALA PILAH, KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
anjuran
UNIT HASIL RIMBA
BAHAGIAN REKAAN, IBU PEJABAT

Tuesday, August 10, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK DAN PENGELUARAN KRAF
PERABOT KAYU FASA 2
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
10 HINGGA 14 JULAI 2010
tempat
INKUBATOR KRAF TEMERLOH, KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KUANTAN
anjuran
UNIT HASIL RIMBA
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT

Thursday, August 5, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Buluh dan Rotan & Bengkel Anyaman Rinago, Buluh dan Rotan


Pada 31 Julai hingga 4 Ogos yang lalu Unit Hasil Rimba Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Buluh dan Rotan  dan Bengkel Anyaman  Rinago, Buluh dan Rotan di Pusat Pembangunan Kraf Kuala Pilah.  Bengkel ini di laksanakan susulan daripada bengkel yang dijalankan sebelum ini. Bengkel ini bertujuan untuk membuat produk prototaip yang mengenengahkan dan membangunkan rekabentuk kontemporari dan mempunyai ciri-ciri citarasa terkini untuk dipasarkan pada Promosi Kraf Hasil Rimba pada bulan Oktober ini dan Hari Kraf Kebangsaan 2011.

Pengarah Bahagian Rekaan, Pengarah Kraftangan Negeri Sembilan, urusetia dan peserta bengkel bergambar dengan hasil produk prototaip