Thursday, August 5, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Buluh dan Rotan & Bengkel Anyaman Rinago, Buluh dan Rotan


Pada 31 Julai hingga 4 Ogos yang lalu Unit Hasil Rimba Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Perabot Buluh dan Rotan  dan Bengkel Anyaman  Rinago, Buluh dan Rotan di Pusat Pembangunan Kraf Kuala Pilah.  Bengkel ini di laksanakan susulan daripada bengkel yang dijalankan sebelum ini. Bengkel ini bertujuan untuk membuat produk prototaip yang mengenengahkan dan membangunkan rekabentuk kontemporari dan mempunyai ciri-ciri citarasa terkini untuk dipasarkan pada Promosi Kraf Hasil Rimba pada bulan Oktober ini dan Hari Kraf Kebangsaan 2011.

Pengarah Bahagian Rekaan, Pengarah Kraftangan Negeri Sembilan, urusetia dan peserta bengkel bergambar dengan hasil produk prototaip

No comments: