Wednesday, June 22, 2011

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 15/2011

Tarikh     :      22 Jun 2011 (Rabu)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Pusat Rekaan Kraf

Monday, June 20, 2011

Wednesday, June 15, 2011

DEMONTRASI SOLIDWORKS - ENTERPRISE PDM & 3DVIA COMPOSER


Tarikh     : 15 Jun 2011
Masa      : 2.30 petang
Tempat   : Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Tuesday, June 14, 2011

PERTANDINGAN REKA BENTUK IDEA INNONATIF PRODUK PENGGUNA MODEN & KONTEMPORARI

Pusat Pembangunan Reka Bentuk / Design Development Centre (DDEC), telah menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk 2011. Pertandingan reka bentuk ini memerlukan pereka bentuk menyampaikan konsep dan reka bentuk yang fokus kepada reka bentuk produk pengguna. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, golongan professional, pelajar dan peminat reka bentuk. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web DDEC di www.ddec.my

TEMA PERTANDINGAN
DDEC menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi dan mempamerkan ideaidea inovatif, dan mentransformasikan idea tersebut kepada realiti. Tema pertandingan ini adalah Reka Bentuk Produk Pengguna Moden dan Kontemporari. Acara ini bertujuan unuk menggalakkan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi dengan menghasilkan reka bentuk produk pengguna untuk masa depan. Produk pengguna didefinisikan sebagai apa jua barangan nyata yang dijual untuk kegunaan peribadi, keluarga, rumah tangga tanpa mempunyai tujuan perniagaan. Kami ingin semua rakyat Malaysia mereka bentuk produk pengguna yang bukan sahaja moden dan kontemporari, tetapi juga ringkas, berfungsi dan praktikal untuk memberi insipirasi kepada generasi masa depan. Idea reka bentuk mestilah asli, mesra alam dan mempunyai nilai pasaran. Pertandingan ini menjemput bakat-bakat kreatif di Malaysia menyertai pertandingan ini dan menjadi inovasi melalui kreativiti

PERTANYAAN LANJUT
sila emel kepada innovativeidea@ddec.my atau hubungi:-
1. Cik Natasha Zahirudin 
2. Cik Norliza Mohd Sani

Design Development Centre (DDEC)
22, Jln Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2161 900

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 14/2011

Tarikh     : 15 Jun 2011 (Rabu)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Pusat Rekaan Kraf

Tuesday, June 7, 2011

DESIGN VALIDATION DAY 2011 – LET’S ANALYZE


Tarikh     : 07 Jun 2011
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : IME Technology Sdn. Bhd.
Petaling Jaya, Selangor




Let's ANALYZE adalah satu program pengenalan kepada perisian CAD (Computer-Aided Design) iaitu Solid Works Simulation oleh pihak IME untuk pereka dan jurutera khususnya. Perisian ini memudah dan menjimatkan dari segi kos, masa dan tenaga dalam penghasilan produk kejuruteraan. Perisian ini juga dapat membuat rumusan dan menganalisa jumlah bahan serta berat mahupun setiap ketebalan yang diperlukan adalah bersesuaian dengan rekabentuk dan mampu menghasilkan animate bagi tujuan demontrasi sebelum menghasilkan produk tersebut.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perisian Solid Works Simulation ini, pihak IME Technology Sdn. Bhd. berbesar hati akan mengadakan taklimat/demontrasi pada 
15 Jun 2011 bertempat di Pusat Rekaan Kraf, Jalan Conlay jam, 02:00 petang. Anda dijemput hadir. Tempat adalah terhad!!

Monday, June 6, 2011

DESIGN VALIDATION DAY 2011 – LET’S ANALYZE


 
BAHAGIAN REKAAN - Pusat Rekaan Kraf (PRK) akan menyelaraskan lawatan anggotakerja ke Design Validation Day 2011 - Let's Analyze di IME Technology Sdn. Bhd., Petaling Jaya pada 07 Jun 2011. Seramai 8 orang anggotakerja akan turut serta dari Bahagian Rekaan, Bahagian Teknikal dan Bahagian Teknologi Maklumat, Ibupejabat Kraftangan Malaysia.
Design Validation Day 2011 - Let' Analyze ini adalah bual bicara bersama pelanggan untuk pengguna mengetahui aplikasi perisian Computer-Aided Design/Engineering yang bersesuaian dalam menghasilkan rekabentuk bagi meningkatkan kualiti produk dengan mengurangkan kos dan masa. 

Lawatan ini merupakan salah satu program/aktiviti Pusat Rekaan Kraf untuk 

pereka khususnya. (Lagi gambar di pages Pusat Rekaan Kraf......selepas lawatan).