Saturday, March 31, 2012

Peragaan Fesyen Sempena 'Samaira..Batik Yang Mepersonakan'


BAHAGIAN REKAANPada  30 Mac 2012 satu peragaan fesyen  sempena  ‘Samaira..Batik Yang Mempersonakan’ anjuran  AMEAD dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian  Negara telah diadakan di Panggung Sari  Kompleks Kraftangan, Kuala LumpurSebanyak  8  koleksi pakaian wanita muslimah  &  4  koleksi pakaian lelaki bertemakan konsep ‘Pop Art”  telah diperagakan.  



 Jurulapor/Jurugambar : Aida binti  Zulkaffli

Monday, March 26, 2012

Peragaan Fesyen sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012


KOMPLEKAS KRAF KUALA LUMPUR, 23 Mac 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi rekaan batik usahawan kraf bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2012 yang bertempat di Seri Panggung pada jam 3.00 petang.  
Sebanyak 110 helai koleksi rekaan batik usahawan telah diperagakan pada hari tersebut. Konsep pakaian yang dipergakan adalah konsep ‘Pop Art’. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik. 




Friday, March 23, 2012

UNIT FESYEN : Rekaan Pakaian Seragam SDSI 2012


BAHAGIAN REKAAN 21 Mac 2012 - Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menghasilkan rekaan pakaian seragam bagi Kedai SDSI. Pakaian yang menggunakan fabrik satin dan kapas dengan menggunakan motif bunga mawar yang telah diinovatifkan. Pemakaian semi formal berupa kemeja dab blaus perempuan kapas sebagai seragam harian manakala pemakaian baju formal kemeja lengan panjang lelaki dan kebaya labuh perempuan sebagai seragam upacara rasmi. AIDA ZULKAFFLI








Friday, March 9, 2012

Makmal Rekaan dan Teknikal Pemadanan Warna Tenunan Songket Teknik Ikat Cuai


BAHAGIAN REKAAN – Pada 5-8 Mac 2012, Unit Tekstil, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekaan dan Teknikal Pemadanan Warna Tenunan Songket Ikat Cuai bersempena dengan promosi  Kerja Kahwin tahun 2012 yang bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Seramai 18 orang pereka kraf dan 25 usahawan yang terdiri daripada usahawan Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak telah mengikuti makmal ini.

Makmal Rekaan ini bertujuan untuk membantu usahawan tenunan mempertingkatkan lagi pengeluaran produk tenunan sebagai persediaan untuk Promosi Kerja Kahwin 2012 yang akan datang. Disamping itu dapat meningkatkan lagi kreativiti usahawan yang terlibat di dalam penggunaan dan kombinasi warna untuk produk tenunan. Memberi pendedahan kepada usahawan dengan teknik ikat cuai dan pencelupan warnaserta memberi kefahaman dalam penghasilan produk-produk kraf tenunan yang berlandaskan konsep aliran Pop Art.







Tuesday, March 6, 2012

JADUAL PROGRAM-PROGRAM PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2012



Sebarang keterangan lanjut dan penyertaan, bolehlah menghubungi Encik Mohd Nazri atau Puan Noor Azlina di talian 03 2162 7459 / 7533.

TEMPAT ADALAH TERHAD!!









Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 5/2012


Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf