Pada Tarikh
1 hinga 5 Jun 2015
Bertempat di
Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Friday, May 29, 2015
Friday, May 22, 2015
Mesyuarat Ketua Unit Bahagian Rekaan
Tarikh
24 Mei 2015 (Isnin)
Masa
9.00 pagi hingga selesai
Tempat
Bilik Mesyuarat Bahagian Rekaan
Tingkat M, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Produk sempena International Craft Festival 2015
Tarikh
19 Mei 2015 (Selasa)
Masa
3.00 hingga selesai
Tempat
Bilik Mesyuarat Bahagian Rekaan
Tingkat M, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2015
Peragaan Fesyen sempena Lawatan Rasmi Isteri-isteri Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2015
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR - Pada 11 Mei 2015 Bahagian Rekaan dengan kerjasama anak syarikat Kraftangan
Malaysia iaitu Karyaneka telah memperagakan sebanyak 44 helai koleksi pakaian
batik. Peragaan fesyen ini diadakan bersempena dengan lawatan rasmi
Isteri-isteri Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sempena Persidangan
Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2015 yang telah berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Sunday, May 10, 2015
Hong Kong Gifts & Premium 2015
BAHAGIAN REKAAN – Pada 27 hingga
30 April yang lalu, Noor Iza Kasim, pereka daripada Bahagian Rekaan Ibu Pejabat
telah ditugaskan bersama Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Pasaran dan Promosi
Puan Easter Karen untuk menyertai Pameran Perdagangan Hong Kong Gifts & Premium 2015 yang bertempat di
Hong Kong Convention & Exhibition
Center. Pada
tahun ini dibawah pavilion Kraftangan
Malaysia seramai lapan orang usahawan kraf telah menyertai pameran ini yang terdiri
dari bidang kraf seramik, piuter, batik, kayu dan upih pinang. Antaranya, Gahara
Galore Sdn Bhd, Cliff Ink Sdn Bhd, Salam Oriental Greetings dan Clent
Industries Sdn Bhd.
Tinjauan Produk
Baru di Hong Kong Gifts &
Premium Fair 2015
a) Bahan dan Rekaan Produk Cenderamata
- Setiap produk yang dipamerkan di pameran Hong Kong Gifts & Premium Fair 2015 mempunyai kelainan tersendiri termasuk dari segi penggunaan bahan mentah dalam menghasilkan sesuatu produk. Antaranya ialah kertas, plastik, bahan yang dikitar semula, pu leather, pvc, kayu, seramik, tekstil dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, terdapat usahawan yang menggunakan bahan sintetik dan plastik sebagai bahan utama kerana faktor harga yang lebih murah.
- Penggunaan rekabentuk geometrik dan warna-warna yang terang diaplikasikan diatas produk yang ditampilkan pada tahun ini, ianya selari dengan trend warna 2015.
- Pameran ini juga lebih banyak menumpukan produk-produk yang dapat dihasilkan secara mass-production. Fungsi dan keunikan pada sesuatu produk adalah ciri utama diterapkan bagi menarik minat pedagang.
- Keseluruhan produk cenderamata yang dipamerkan adalah lebih kurang sama dari segi bentuk, rekaan dan fungsi. Walaubagaimanapun, dari segi kualiti, warna, penggunaan bahan dan teknik kemasan yang digunakan atas permukaan produk oleh setiap usahawan adalah berbeza.
- Hampir keseluruhan produk yang ditampilkan adalah sesuatu yang mampu dimiliki dan sesuai untuk semua golongan dan bukan tertumpu kepada produk high end sahaja. Kebanyakan produk yang dipamerkan adalah produk bingkai gambar, aksesori gadget, keychain, packaging, kotak cenderamata, shawl, pasu hiasan, aksesori perhiasan diri, beg, aksesori wanita, dan sebagainya.
Tuesday, May 5, 2015
Peragaan Fesyen sempena Pertunjukan Fesyen Eleganz Malaysia Textile
LANGKAWI - Pada 28
April 2015 (Selasa) Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah terlibat dengan pameran
produk kraf sempena peragaan fesyen Eleganz
Malaysia Textile yang bertempat di Hotel Regis Langkawi Kedah. Manakala
peragaan fesyen dikendalikan oleh pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Radzuan
Radziwill dan usahawan yang terlibat terdiri dari Ruzz Gahara, Candela dan Koleksi
Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Antara koleksi rekaan fesyen yang diperagakan
adalah terdiri daripada produk kraf batik dan songket. Karyaneka, Preka dan Wan Manang daripada Terengganu
juga dijemput untuk aktiviti pameran dan jualan. Majlis ini juga turut dihadiri
oleh isteri-isteri Menteri Asean.
Subscribe to:
Posts (Atom)