Thursday, September 30, 2010

PROMOSI KRAF SERAMIK 2010


 “ Retro “ adalah konsep yang digunakan dalam pembangunan reka bentuk produk bagi Promosi Kraf Seramik 2010. Tema yang digunakan adalah “Transformasi Seramik Tradisional Dalam Kehidupan Moden”. Ia menggabungkan idea asas retro iaitu bentuk-bentuk yang geometric dan penggunaan motif yang berulang.
‘Retro art’ adalah satu aliran gaya yang berasal dari aliran ‘pop art’ yang telah membangun pada tahun 40an dan 50an, kebanyakkan seni yang dihasilkan berbentuk ‘berani’ dari segi warna dan bentuk , dan hasil seni yang dibuat dapat menarik pandangan orang yang melihat, (‘eye catchy’).

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
2010/1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada warga Bahagian Rekaan diucapkan kepada semua warga Kraftangan Malaysia, semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan dilindungi oleh-Nya. 

Pulang beraya bersama si Dia,
Ketupat rendang dah terbayang2 kat mata,
 Duka sengketa lupakan saja,
Nikmatilah keberkatan di Hari Raya

Kehulu kehilir dengan van kita,
Singgah kat kg pandan makan keria,
Berhati-hatilah semasa memandu ya,
Semoga kita semua selamat tiba

Hari Raya hampir tiba,
Tapi kerja tetap berjela-jela,
Aidilfitri bulan yang mulia,
Sama-samalah kita meraikannya