Thursday, April 26, 2012

Peragaan fesyen sempena Majlis Sepetang Bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) dan MITRA Seni Indonesia


KUALA LUMPUR, 25 April 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Majlis Sepetang Bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) dan MITRA Seni Indonesia bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Sebanyak 72 koleksi pakaian telah diperagakan pada malam tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dan songket



Wednesday, April 25, 2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil.8/2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil.8/2012 telah diadakan pada 25 April 2012 untuk membentangkan rekaan-rekaan baru sempena Promosi Kerja Kahwin 2012 bertempat di Pusat Rekaan Kraf Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi. Seramai 14 orang pereka serta tiga cawangan yang terlibat adalah Kraftangan Cawangan Perak, Cawangan Terengganu dan Cawangan Kedah.




Pereka-Pereka Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat






Peragaan Fesyen Sempena Program Karnival Marina Melaka 2012


BAHAGIAN REKAANPada 24 Mac 2012, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama usahawan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka iaitu Ras Batik dan Batik Selat telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Program Karnival Marina Melaka 2012 anjuran Bahagian Promosi dan Pelancongan Negeri Melaka  yang  bertempat  di Dataran Marina Melaka.  Sebanyak  32  koleksi pakaian wanita  dan 12  koleksi pakaian lelaki  telah diperagakan semasa program tersebut berlangsung.




Jurulapor/Jurugambar Unit Fesyen : Aida Binti Zulkaffli

Sunday, April 22, 2012

Peragaan Fesyen Sempena Detik Hitungan Persembahan Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada


KUALA LUMPUR, 21 April 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Detik Hitungan Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada 2012 anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bertempat di Dataran Merdeka. 
Sebanyak 16 koleksi pakaian wanita  dan 8 koleksi pakaian lelaki yang direka khas diperagakan pada malam tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik, tenun dan songket.



Jurulapor/Jurugambar Unit Fesyen : Aida binti Zulkaffli

Saturday, April 21, 2012

Makmal Rekabentuk Produk Baru Kraf Logam



KUALA LUMPUR - 17 - 20 April 2012 Unit Logam Bahagian Rekaan Ibu Pejabat mengadakan Makmal Reka Bentuk Produk Baru Kraf Logam di The Legend Resort, Cherating, Pahang. Makmal Reka bentuk ini diadakan sebagai persiapan penyertaan  promosi oleh usahawan kraf yang akan berlangsung sepanjang tahun 2012. Seramai 11 pereka dan 15 usahawan dari  Terengganu, Kelantan, Selangor dan Melaka terlibat di dalam bengkel yang dianjurkan selama 4 hari.
Makmal Rekaan ini bertujuan untuk menghasilkan produk rekaan logam yang menepati kehendak pasaran dan penumpuan kepada aksesori, hiasan/keperluan rumah, kelengkapan perkahwinan serta cenderamata korporat. Makmal ini juga memberi pendedahan kepada usahawan dan pereka kraf untuk bekerjasama dalam janaan idea bagi penghasilan rekaan produk dengan menggunakan logam tembaga, piuter dan perak.





Friday, April 20, 2012

MAKMAL REKA BENTUK PRODUK BARU SERAMIK 2012

PULAU PANGKOR, 14 April 2012 - Unit Seramik, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Makmal Rekaan Produk Baru Seramik 2012. Makmal yang telah berlangsung selama 04 hari bermula pada 14 - 17 April 2012 di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak itu telah mengumpulkan seramai 28 peserta yang terdiri daripada pereka-pereka (Ibu Pejabat, Caw. Perak, Sarawak) dan usahawan (Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Johor Sarawak dan Pahang) dalam bidang Kraf Seramik.

    Penyelaras makmal memaklumkan, salah satu objektif utama makmal ini,  iaitu meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kepelbagaian pembangunan rekaan, penggunaan bahan serta teknik pengeluaran baru dalam memenuhi pasaran semasaMenurut tinjauan, makmal ini telah berjaya menghasilkan sebanyak  412 rekaan dari peserta dan rata-rata peserta berpuashati dengan makmal ini, katanya.  Untuk maklum, rekaan yang telah pun terpilih untuk penghasilan produk adalah sebanyak 159 rekaan dan diharap rekaan tersebut dapat dikeluarkan pada promosi yang akan datang. - URUSETIA.






Tuesday, April 17, 2012

Makmal Rekabentuk Produk Baru Kraf Seramik


KUALA LUMPUR - Pada 14- -17 April 2012 Unit Seramik, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat mengadakan Makmal Reka Bentuk Produk Baru Kraf Seramik di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak.  Makmal Rekaan ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. Makmal ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea yang kreatif dalam menghasilkan rekaan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluaran pasaran semasa.
Seramai 11 orang pereka kraf dan 13 usahawan dari Negeri Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor  terlibat di dalam makmal yang dianjurkan selama 4 hari. 




Monday, April 16, 2012

Makluman - Makmal Rekabentuk Produk Baru Kraf Seramik


Tarikh   : 14 - 17 April 2012
Tempat : Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak

Objektif

  1. Memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. 
  2. Memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluaran pasaran semasa.


Sunday, April 15, 2012

Makluman - Makmal Rekabentuk Produk Baru Kraf Logam


Tarikh   : 17 - 20 April 2012
Tempat : The Legend Resort, Cherating, Pahang

Objektif
  1. Menghasilkan produk rekaan logam yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada aksesori, hiasan/keperluan rumah, kelengkapan perkahwinan serta cenderamata korporat. 
  2. Memberi pendedahan kepada pengusaha dan pereka kraf untuk bekerjasama dalam janaan idea bagi penghasilan rekaan produk dengan menggunakan logam tembaga,piuter dan perak sempena promosi-promosi sepanjang tahun 2012.

Saturday, April 14, 2012

Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil. 2/2012


KUALA LUMPUR, 8-11 April 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil. 2/2012 bertempat di Sun Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang. Program ini diadakan bertujuan untuk membangunkan konsep Hari Kraf Kebangsaan bagi tahun 2013 dan 2014, selain itu melalui program ini dapat mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan kualiti rekaan produk yang dihasilkan agar dapat memberi saingan kepada pihak luar dalam memartabatkan produk kraf tempatan di pasaran global. Program ini jyuga bertujuan untuk membangunkan produk  inovasi yang berorientasikan pasaran serta memperluaskan saiz pasaran produk kraf .

Seramai 43 orang pereka kraf daripada Kraftangan Ibu Pejabat dan Cawangan terlibat di dalam makmal yang dianjurkan selama 4 hari ini. Sebanyak 154 rekaan telah dihasilkan daripada pereka kraf yang meliputi bidang kraf hasil rimba, tekstil, seramik dan logam.




Friday, April 13, 2012

Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil.2/2012

Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah menganjurkan Mesyuarat Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil.2/2012 pada 8-10 April yang lalu bertempat di Sun Beach Resort, Pulau Tioman, Pahang. Program ini melibatkan seramai 31 pereka dari seluruh cawangan Kraftangan Malaysia.
Pengisian serta Impak keatas setiap aktiviti yang dijalankan :-



a.  Mesyuarat Pereka - Pereka Bil. 2/2012 –
     Mengumpulkan pereka ibu pejabat dan cawangan bagi membincangkan perancangan 
     serta menyelesaikan pemasalahan dalam usaha mempertingkatkan hasil kerja. 

     Mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni untuk berkongsi, berdiskusiberbahas  
   dalam menghasilkan idea-idea kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza 
    dalam pembangunan reka bentuk kraf.


b. Brainstorming for concept 2013 and 2014
     Konsep bagi tahun 2013 dan 2014 yang mengetengahkan Konsep Kubisme, gaya  
     abstraks terhadap objek ke dalam bentuk-bentuk geometri untuk mendapatkan sensasi  
     tertentu. 
   
     Prinsip – prinsip dasar kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara 
     memotong, overlap, menyusun dan aneka tampak yang boleh di aplikasikan keatas 
     penghasilan sesuatu produk disamping mengekalkan warna-warna Pop Art iaitu 
     penggunaan warna yang cerah dan ceria dengan menerapkan warna-warna  
     primer, sekunder dan komplimen.


c. From Zero To Hero
    Sesi yang ketuai oleh seorang fasilitator mengikut bidang kraf, memberi peluang kepada 
    pereka bertukar-tukar idea, pengetahuan, pengalaman dan maklumat
  
    Dapat meningkatkan kebolehan seseorang pereka mengolah sumber alam di Pulau
    Tioman untuk dijadikan ‘subject matter’ bagi proses melahirkan produk beridentiti baru 
    yang kreatif dan inovatif dalam mempertingkatkan kualiti rekaan yang dihasilkan agar
    dapat memartabatkan produk kraf tempatan di pasaran global.

    Proses akhir iaitu pembentangan rekaan yang mana memperlihatkan hasil rekaan yang 
   disasarkan untuk pengeluaran produk pelancongan khas untuk keluaran di Pulau  
   tiomanselaras dengan perancangan Pelancaran Batik di Pulau Tioman, Pahang yang  
   akan diadakan pada bulan Julai 2012 yang akan datang.

Sesi Hero To Zero

Sesi Pembentangan Rekaan Oleh Fasilitator Mengikut Bidang Kraf

Lakaran Yang dihasilkan


d. Talk On Design – Design From American Perspective
     from Mr. Travis Ingram ( Enable Island Trade Sdn. Bhd.)
     Mr. Travis Ingram telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama pereka  
     dengan memberi penumpuan kepada rekaan dan penghasilan produk yang  
     berkualiti serta kemasan akhir (finishing) yang merupakan aspek penting dalam 
     penghasilan sesuatu produk kraf. 

     Pengaplikasian kajian SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman) dengan
     contoh produk terpilih memberi gambaran jelas kepada pereka untuk membangunkan    
     produk berinovasi yang berorientasikan pasaran.




e. Innovation Talk
    Para pereka telah diberi penerangan terperinci berkaitan dengan Perancangan Pelan 
    Tindakan empat Cawangan Pusat Inovasi Kraftangan bagi tahun 2012 hingga 2016  
    yang melibatkan kajian-kajian terkini, idea baru serta maklumat haja tuju dalam  
    pembangunan.

   produk yang memberi kemudahan kepada golongan sasaran seperti pereka, usahawan-
   usahawan serta para pelajar. Para pereka kini lebih jelas akan fungsi dan perancangan 
   setiap Pusat Inovasi agar dapat dimanfaatkan. 

  
Sesi lawatan yang diadakan ke bengkel usahawan batik di Pulau Tioman yang akan
  terlibat dalam pengeluaran produk batik semasa Hari Pelancaran Batik Di Pulau Tioman 
  pada bulan Julai 2012 secara tidak langsung telah dapat memberi suntikan idea-idea baru  
  dari Proses rekaan hingga proses  penghasilan produk melalui pengaplikasian teknik serta   
  konsep Pop Art yang di ketengahkan oleh pihak Kraftangan.




Friday, April 6, 2012

PUSAT REKAAN KRAF : Program Dan Aktiviti Pusat Rekaan Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012



BAHAGIAN REKAAN 07 April 2012 - Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan pelbagai program sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 ( HKK 2012 ) pada 26 Mac hingga 02 April 2012 bertempat di Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu aktiviti Pusat Rekaan Kraf bagi penyebaran maklumat berkala kepada penggiat seni terutama  usahawan yang terlibat mengenai perkembangan dalam industri kraf. 


       Program ini telah menarik minat pelbagai lapisan penggiat seni tanahair untuk turut serta dalam salah satu program yang dianjurkan tersebut. Antara program yang telah diadakan seperti Bicara Kreatif, Pertandingan  Produk Kraf Terbaik sempena HKK 2012, Pameran Profail Pereka Kraftangan Malaysia dan Demonstrasi Sistem E-Industri ( E-Rekaan ). Dengan adanya program seperti ini, diharap dapat menarik ramai lagi penggiat seni khususnya untuk industri kraf dan mampu memberi sedikit informasi dan maklumat serta ilmu kepada semua.

    Penyelaras program memaklumkan kepada blogger, program kali ini telah mendapat sambutan agak luar biasa dari para pelajar dan usahawan selain daripada pengemar seni tanahair. Tajuk yang telah dibentangkan bagi segmen Bicara Kreatif adalah seperti berikut ;
  • Transformasi Pasaran Produk Kraf Ke Luar Negara Antara Cabaran Dan Prospek
  • Kepentingan Penjenamaan Dalam Industri Kecil Membentuk Pembangunan Dunia   Perniagaan
  • Pengaruh Reka Bentuk Corak Dan Motif Seni Ukir Melayu Dalam Reka Bentuk Dalaman
  • Peranan Serta Kepentingan Pengiraan Kos Dan Pemasaran Dalam Memantapkan    Perniagaan  
  •  Lukisan Lakaran Satu Impak Dalam Pencetus Kreativiti Pada Produk Kraf

g        Diakhir temubual, Pusat Rekaan, Kraf Bahagian Rekaan mengucapkan sejuta ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Pusat Rekaan Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 tersebut secara langsung mahupun tidak langsung. - URUSETIA