KUALA LUMPUR, 8-11
April 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat
Pereka dan Makmal Pembangunan Produk Bil. 2/2012 bertempat di Sun Beach Resort,
Pulau Tioman, Pahang. Program ini diadakan bertujuan untuk membangunkan konsep Hari Kraf
Kebangsaan bagi tahun 2013 dan 2014, selain itu melalui program ini dapat mencetuskan idea-idea
baru yang kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan kualiti rekaan
produk yang dihasilkan agar dapat memberi saingan kepada pihak luar
dalam memartabatkan produk kraf tempatan di pasaran global. Program ini
jyuga bertujuan untuk membangunkan
produk inovasi yang
berorientasikan pasaran serta memperluaskan saiz pasaran produk kraf .
No comments:
Post a Comment