Friday, April 6, 2012

PUSAT REKAAN KRAF : Program Dan Aktiviti Pusat Rekaan Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012



BAHAGIAN REKAAN 07 April 2012 - Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah menganjurkan pelbagai program sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 ( HKK 2012 ) pada 26 Mac hingga 02 April 2012 bertempat di Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Program ini merupakan salah satu aktiviti Pusat Rekaan Kraf bagi penyebaran maklumat berkala kepada penggiat seni terutama  usahawan yang terlibat mengenai perkembangan dalam industri kraf. 


       Program ini telah menarik minat pelbagai lapisan penggiat seni tanahair untuk turut serta dalam salah satu program yang dianjurkan tersebut. Antara program yang telah diadakan seperti Bicara Kreatif, Pertandingan  Produk Kraf Terbaik sempena HKK 2012, Pameran Profail Pereka Kraftangan Malaysia dan Demonstrasi Sistem E-Industri ( E-Rekaan ). Dengan adanya program seperti ini, diharap dapat menarik ramai lagi penggiat seni khususnya untuk industri kraf dan mampu memberi sedikit informasi dan maklumat serta ilmu kepada semua.

    Penyelaras program memaklumkan kepada blogger, program kali ini telah mendapat sambutan agak luar biasa dari para pelajar dan usahawan selain daripada pengemar seni tanahair. Tajuk yang telah dibentangkan bagi segmen Bicara Kreatif adalah seperti berikut ;
  • Transformasi Pasaran Produk Kraf Ke Luar Negara Antara Cabaran Dan Prospek
  • Kepentingan Penjenamaan Dalam Industri Kecil Membentuk Pembangunan Dunia   Perniagaan
  • Pengaruh Reka Bentuk Corak Dan Motif Seni Ukir Melayu Dalam Reka Bentuk Dalaman
  • Peranan Serta Kepentingan Pengiraan Kos Dan Pemasaran Dalam Memantapkan    Perniagaan  
  •  Lukisan Lakaran Satu Impak Dalam Pencetus Kreativiti Pada Produk Kraf

g        Diakhir temubual, Pusat Rekaan, Kraf Bahagian Rekaan mengucapkan sejuta ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Pusat Rekaan Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 tersebut secara langsung mahupun tidak langsung. - URUSETIA 




No comments: