KUALA LUMPUR - 17 - 20
April 2012 Unit Logam Bahagian Rekaan Ibu Pejabat mengadakan Makmal Reka Bentuk
Produk Baru Kraf Logam di The Legend Resort, Cherating, Pahang. Makmal Reka
bentuk ini diadakan sebagai persiapan penyertaan promosi oleh usahawan
kraf yang akan berlangsung sepanjang tahun 2012. Seramai 11 pereka dan 15
usahawan dari Terengganu, Kelantan, Selangor dan Melaka terlibat di dalam
bengkel yang dianjurkan selama 4 hari.
Makmal Rekaan ini bertujuan untuk menghasilkan produk rekaan
logam yang menepati kehendak pasaran dan penumpuan kepada aksesori,
hiasan/keperluan rumah, kelengkapan perkahwinan serta cenderamata korporat.
Makmal ini juga memberi pendedahan kepada usahawan dan pereka kraf untuk
bekerjasama dalam janaan idea bagi penghasilan rekaan produk dengan menggunakan
logam tembaga, piuter dan perak.
No comments:
Post a Comment