Tuesday, May 5, 2015

Peragaan Fesyen sempena Pertunjukan Fesyen Eleganz Malaysia Textile

LANGKAWI - Pada 28 April 2015 (Selasa) Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah terlibat dengan pameran produk kraf sempena peragaan fesyen Eleganz Malaysia Textile yang bertempat di Hotel Regis Langkawi Kedah. Manakala peragaan fesyen dikendalikan oleh pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Radzuan Radziwill dan usahawan yang terlibat terdiri dari Ruzz Gahara, Candela dan Koleksi Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Antara koleksi rekaan fesyen yang diperagakan adalah terdiri daripada produk kraf batik dan songket. Karyaneka, Preka dan Wan Manang daripada Terengganu juga dijemput untuk aktiviti pameran dan jualan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh isteri-isteri Menteri Asean.


No comments: