Monday, June 18, 2012

Makmal Rekabentuk Teknikal Under/On Glaze dan Kemasan Decal


BAHAGIAN REKAAN – Pada 12-15 Jun 2012, Unit Seramik, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Rekaan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah mengadakan Makmal Rekabentuk Under/On Glaze dan Kemasan Decal bersempena dengan promosi yang akan diadakan sepanjang tahun 2012 yang bertempat di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Seramai 13 orang pereka kraf dan 11 usahawan yang terdiri daripada Negeri Sarawak, dan Perak telah mengikuti makmal ini.
           
            Makmal Rekaan ini bertujuan untuk memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. Makmal ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluara pasaran semasa.




No comments: