BAHAGIAN REKAAN - Pada 19
hingga 23 November 2013 Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan telah mengadakan Makmal Rekaan Produk Anyaman
(Pandan, Buluh, Bemban dan Rotan) dan Perabot (Kayu dan Buluh) yang berlangsung
selama 5 hari di PNB Ilham Resort, Port Dickson Negeri Sembilan.
Makmal ini bertujuan untuk menghasilkan prduk baru
kraf kontemporari yang memenuhi dan mempelbagaikan pilihan pengguna masa kini.
Penghasilan rekaan ini bertemakan konsep Futuristic
yang akan dipasarkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2014. Selain itu juga,
konsep kerjasama di antara pereka, usahawan berpengalaman dan usahawan baru ini
dapat membantu pertukaran idea dan kemahiran dalam membangunkan rekaan produk
baru yang lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran. Input baru yang
diterapkan dapat memberi nafas baru pada perkembangan industri.
Makmal ini telah disertai oleh seramai 30 orang
peserta yang terdiri daripada pereka dan usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Sebanyak
226 rekaan produk telah dihasilkan sepanjang makmal ini dijalankan. Antara fokus
pembangunan rekaan produk yang dihasilkan adalah keperluan rumah, pelancongan,
senibina dan taman.
Jurulapor : Ruziyati Garan
Jurulapor : Ruziyati Garan
No comments:
Post a Comment