BAHAGIAN REKAAN - Pada 25
hingga 28 November 2013 yang lalu Unit Seramik, Bahagian Rekaan telah mengadakan Makmal Pembangunan Rekabentuk
Produk Seramik 2014 yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Teluk Dalam
Resort, Pulau Pangkor, Perak.
Makmal ini bertujuan untuk menghimpunkan
beberapa orang pereka dan usahawan kraf seramik bagi menghasilkan rekaan-rekaan
baru khususnya untuk Hari Kraf Kebangsaan 2014. Selain itu, makmal ini
bertujuan memberi penerangan secara tepat kepada setiap peserta makmal mengenai
konsep rekabentuk produk ‘Futuristic’.
Terdapat empat fokus pembangunan rekaan produk yang dihasilkan iaitu produk
cenderamata, tableware, interior studio product dan exterior product. Melalui bengkel yang
dilaksanakan, para peserta telah dapat mengaplikasikan kefahaman yang
dipelajari bagi menghasilkan idea yang baru dan segar.
Makmal ini telah disertai oleh seramai 22 orang
peserta yang terdiri daripada pereka dan usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Antara
usahawan yang terlibat dengan makmal ini adalah Techno Ceramic, Sentuhan
Tembikar Kreatif, PO-G Pottery, Inani Kraf, Charisma Ceramis, TMS Craft Shope
dan lain-lain. Sebanyak 237 rekaan produk telah dihasilkan sepanjang makmal ini
dijalankan.
Di samping itu, pereka dan usahawan juga disertakan
dengan lawatan ke bengkel usahawan SH Clay Pot di Sungai Siput, Perak. Di
kesempatan ini juga, perbincangan secara bersantai telah dapat di wujudkan bersama
usahawan yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama pada masa akan
datang terutamanya dalam penghasilan Clay Pot secara komersial. Lawatan ini
juga dihadiri oleh Pengarah Bahagian Rekaan Ibu Pejabat dan Pengarah Cawangan
Perak.
Jurulapor : Ruziyati
No comments:
Post a Comment