Tuesday, May 29, 2012

UNIT FESYEN : PERAGAAN FESYEN SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012


PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diselaraskan persembahan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  bertempat di Putrajaya baru-baru ini. 
Menurut juru lapor, sebanyak 70 helai koleksi rekaan batik Kraftangan Malaysia telah diperagakan dimana sebanyak 48 koleksi pakaian wanita dan 22 koleksi pakaian lelaki telah diperagakan pada temasya tersebut yang diadakan sebanyak 2 sesi yang berlainan. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik. - AIDA BT. ZULKAFLI.

3 comments:

Anonymous said...

tidak menutup aurat?

Anonymous said...

tidak menutup aurat?

Anonymous said...

tidak menutup aurat?