BAHAGIAN REKAAN – Pada 13-16
April 2015 telah berlangsungnya Program Minggu Budaya Malaysia di Paris dan
Pameran Intangible Cultural Heritage
di ibu pejabat UNESCO Paris yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Ia juga melibatkan beberapa agensi lain seperti Kraftangan
Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Istana Budaya, Balai Seni Visual Negara dan
juga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Lokasi kali ini bertempat di
perkarangan Place du Palais Royal iaitu tempat tumpuan pelancong di mana
latarnya merupakan salah satu muzium terkenal di Paris - Muzium The Louvre.
Acara perasmian telah dijalankan pada 14 April 2015 dan dirasmikan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penglibatan Kraftangan Malaysia dalam
acara ini adalah dari segi penjualan produk kraf yang disertai oleh beberapa orang
usahawan iaitu Jafiqa Couture,Gadengmas, Asli Kraf Sdn Bhd, KZ Craft,dan juga DSNadia.
Selain daripada promosi jualan kraf, Kraftangan Malaysia juga ditugaskan untuk
menyelaraskan aktiviti pertunjukan fesyen dan juga demonstrasi batik di pejabat
UNESCO sempena pameran Intangible
Cultural Heritage yang diadakan pada tarikh yang sama. Sebagai pengisian
acara, banyak juga aktiviti galakkan pengunjung yang telah dijalankan seperti
permainan tradisional dan juga demonstrasi makanan tempatan. Pengunjung juga disajikan
dengan persembahan pentas seperti tarian pelbagai kaum dan etnik, permainan
tradisional dan aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan budaya Malaysia.
Program ini juga merupakan cubaan
pertama Minggu Budaya Malaysia ini dijalankan di sini, sambutan yang diberikan
terhadap acara sebegini amat memberangsangkan dan secara tidak lansung
mendekatkan lagi sosio budaya masyarakat Malaysia di mata dunia. Sumbangan yang
diberikan mungkin sedikit, namun impak yang diberikan oleh masyarakat tempatan
di luar jangkaan. Semoga acara seperti ini
dapat dijalankan pada masa akan datang berikutan sambutan yang diberikan
sepanjang program berlangsung.
No comments:
Post a Comment