ANGKASAPURI, 2 Ogos 2012
Pereka Kraftangan Malaysia iaitu Encik Azran Arip telah diwawancara secara
langsung TV1 bagi program Selamat Pagi Malaysia bertempat di studio 2, Wisma TV,
Angkasapuri. Wawancara ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Aidilfitri
yang sedang berlangsung pada 1 hingga 12 Ogos 2012.
Sebanyak
6 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Koleksi pakaian
yang diperagakan adalah pakaian moden kontemporari dan baju melayu. Koleksi
pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Makmal Rekaan Fesyen
Komersial sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang telah dilaksanakan pada
12-15 Jun 2012 di Impiana Resort Cherating, Pahang. Istimewanya koleksi pakaian
ini telah diperagakan oleh anggotakerja Kraftangan Malaysia sendiri.
Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen
No comments:
Post a Comment