Thursday, April 28, 2011

BERITA PUSAT REKAAN KRAF

LAWATAN KE HOMEDEC 2011


BAHAGIAN REKAAN - Pusat Rekaan Kraf (PRK) akan mengadakan lawatan ke pameran HOMEDEC 2011di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur pada 29 April 2011 pada pukul 10.00 pagi dengan seramai 8 orang pereka yang turut serta. Pameran ini akan bermula pada 29 April 2011 sehingga 02 Mei 2011. Pelbagai kategori dipamerkan antaranya Hiasan Dalaman, Taman dan Lanskap serta pelbagai lagi.

Program ini merupakan satu aktiviti lawatan pereka bagi melihat konsep-konsep dan produk baru. Program-program sebegini sebagai usaha pihak Bahagian Rekaan untuk membantu pereka-pereka mendapatkan maklumat bagi mengeluarkan rekaan produk mengikut pasaran semasa.

1 comment:

Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia said...

TAHNIAH BAHAGIAN REKAAN. SEMOGA IDEA YANG DIPEROLEHI DAPAT MEMPERLUASKAN DAN MEMBANTU INDUSTRI KRAF KITA.