Thursday, July 8, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Anyaman Pandan, Mengkuang dan Buluh Fasa 2


Hasil Rimba Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk dan Pengeluaran Kraf Anyaman Pandan, Mengkuang dan Buluh Fasa 2 di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu. Bengkel selama lima hari yang akan berlangsung pada 3 hingga 7 Julai bertujuan mengenengahkan dan membangunkan rekabentuk kontemporari dan mempunyai ciri-ciri citarasa terkini untuk dipasarkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2011.


Di samping itu penganjuran bengkel ini dapat memberi pendedahan penghasilan produk rekaan pilihan pengguna dan penyampaian maklumat terkini rekaan produk anyaman. Seramai 18 peserta akan mengikuti bengkel ini yang akan didedahkan kepada kaedah dan proses rekabentuk produk anyaman.

Hasrat Kraftangan Malaysia dengan penganjuran bengkel sebegini usahawan kraf dapat memanfaatkan ilmu baru rekaan dan diterapkan kepada bentuk produk yang akan dihasilkan di samping mewujudkan kerjasama erat di antara usahawan dan pereka-pereka Kraftangan Malaysia.

No comments: