Monday, November 18, 2013

Makmal Pembuatan Beg Fasa 11 sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR - Pada 12 hingga 15 November 2013 Unit Fesyen, Bahagian Rekaan  telah mengadakan Makmal Pembuatan Beg Fasa II bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2014. Makmal ini telah berlangsung di Bistro Perkampungan Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Makmal ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pereka tempatan dalam pembuatan beg menggunakan bahan Kraf dari segi menambah baik rekabentuk kekemasan dalam proses menghasilkan produk siap. Selain daripada itu menjadi landasan meningkatkan kemahiran praktikal serta ilmu untuk menjadi individu yang kreatif. Bengkel ini juga dapat menerapkan dan menyampaikan piawaian khusus kepada pereka agar memahami kualiti dan standard produk yang setanding dengan produk jenama antarabangsa. Makmal ini berpotensi untuk mengasah kreativiti bakat tempatan untuk menjadi seorang pengusaha yang berjaya dan berdaya saing serta dapat memperluaskan penggunaan bahan Kraf Malaysia seperti Batik, Tenun dan Songket mengikut aliran pasaran masa kini.

Makmal ini telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pereka dan usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Sebanyak 3 rekaan telah dihasilkan sepanjang makmal ini dijalankan. Melalui rekaan tersebut sebanyak 24 produk siap telah dihasilkan. Antara produk yang dihasilkan ialah ‘shoulder Bag, ‘tote bag’, ‘wristlet beg’,  dan ‘shoulder bag with flap’.

Jurulapor : Aida Zulkaffli / Noor Azlina Ibrahim

Makmal Pembuatan Beg Fasa 1 sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR - Pada 7 hingga 11 Oktober 2013 Unit Fesyen, Bahagian Rekaan  telah mengadakan Makmal Pembuatan Beg bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2014. Makmal ini telah berlangsung di Perkampungan Kraf ( Galeri Pk Tulip ) Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Makmal ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pereka dalam pembuatan beg terutamanya dari segi penambahbaikan dan kekemasan dalam menghasilkan produk siap, juga sebagai satu landasan dalam memberikan latihan dan kemahiran praktikal untuk menjadi tenaga mahir dalam pembuatan beg Fasa 1 ini lebih memberi penumpuan kepada teknik-teknik jahitan yang diperlukan dalam proses penyediaan barang. Selain daripada itu, pereka perlu memahami kualiti dan standard produk setanding penerimaannya dengan jenama antarabangsa. Melalui bengkel ini, aplikasi penggunaan bahan kraf tempatan seperti batik, tenun dan songket dapat diperluaskan diperingkat global.

Makmal ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pereka dan usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Sebanyak 54 rekaan telah dihasilkan sepanjang makmal ini dijalankan. Melalui rekaan tersebut sebanyak 81 produk siap telah dihasilkan. Antara produk yang dihasilkan ialah ‘key chain’, ‘coin bag’, ‘wristlet beg’, ‘cluth beg’ dan ‘shopper beg’.



Jurulapor : Aida Zulkaffli / Ruziyati Garan

Monday, July 29, 2013

Peragaan Fesyen Sempena Promosi Kerja Kahwin 2013

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 24 Jun 2013 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Majlis Pra Pelancaran Promosi Kraf Kerja Kahwin 2013 yang bertempat di Laman Plaza pada jam 2.30 petang. Pra pelancaran ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Kerja Kahwin 2013 yang telah berlangsung pada 19 Jun sehingga 1 Julai 2013.
Sebanyak 32 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik dan tenun. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada pereka  dan usahawan Kraftangan Malaysia. Usahawan yang terlibat adalah Pusat Tenun Pahang Felda, Fiz & Miz , Pua Indah , Abas dan Sal, Century Fiesta dan wakil daripada IPTA iaitu Institut Kraf Negara.

Peragaan Fesyen Sempena Malam Tenun Pahang DiRaja 2013

HOTEL ROYAL CHULAN  KUALA LUMPUR, 20 Jun 2013 Kraftangan Malaysia telah terlibat  dalam peragaan fesyen bersempena dengan Malam Tenun Pahang Diraja 2013 yang telah berlangsung di Hotel Royal Chulan pada jam 8.30 malam. Dengan Kehadiran KDYMM Sultan Ahmad Shah berserta kerabat Diraja Pahang Darul Makmur. Turut mengiringi ialah Menteri Besar Pahang Dato Seri Diraja Adnan Bin Yaakob dan exco – exco Pahang.
Sebanyak 78 helai koleksi rekaan pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan produk kraf tekstil iaitu Tenun Pahang . Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada pereka-pereka terkenal negara, di antaranya ialah Puan Hajah Rodziah Mohd Yusof daripada Kraftangan Malaysia, Datin Syarifah Kirana, Jovian Mandagie dan Rizalman Ibrahim. Manakala fabrik tenun yang digunakan oleh pereka – pereka ini dihasilkan oleh peserta dari Penjara Bentong, Penjara Penor, Realistic Attraction, Perniagaan Sutera Pulau Keladi dan hasil pelajar drpd IKTPD ( Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja )



Wednesday, March 20, 2013

PAMERAN PROFIL PEREKA & PAMERAN PRODUK PERTANDINGAN


KOMPLEKS KRAF, KUALA LUMPUR, 20 MAC -  Orang ramai boleh menyaksikan Pameran Profil Pereka dan Pameran Produk Pemenang, Pertandingan Produk Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 yang dipamerkan di Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai sepanjang tahun 2013. Sebanyak 8 orang pereka telah dipilih untuk pameran kali ini. Pameran Profil Pereka,yang telah masuk tahun ke-3 melibatkan pereka-pereka Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cawangan. Pameran ini bertujuan mengetengah dan memberi pengiktirafan kepada pereka Kraftangan Malaysia yang telah menyumbang dalam penghasilan rekaan produk kraf.
     Sementara itu, produk-produk pemenang bagi Pertandingan Produk Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 turut dipamerkan. Urus setia pertandingan berkata, produk-produk ini telah berjaya dipilih berdasarkan kriteria-kriteria penilaian yang telah ditetapkan diantaranya, kebolehan pasaran, keaslian, inovasi, pemilihan bahan dan mesra alam. Matlamat utama pertandingan, adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan-usahawan kraf tempatan yang telah menyumbang kepada pembangunan produk kraf. Pertandingan yang telah berlangsung bersempena HKK2013 telah menarik minat usahawan-usahawan kraf yang menyertai jualan kraf. - Pusat Rekaan Kraf.




Monday, March 11, 2013

Peragaan Pakaian Pengantin Sempena Festival Pameran Pengantin di Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh Melaka


Ayer Keroh, Melaka – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka dengan kerjasama Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah dijemput untuk menyertai Festival Pameran Pengantin bersempena dengan Festival Pameran Pengantin pada 8 - 9 Mac 2013 yang bertempat di Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh Melaka.
Sebanyak 36 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Koleksi pakaian yang diperagakan terdiri daripada 12 helai pakaian pengantin moden kontemporari dan 24 helai pakaian usahawan Melaka iaitu Ras Batik dan Batik Selat yang terdiri dari bahan songket, tenun, batik dan tekat. 

Wednesday, March 6, 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA KREATIF PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN KRAFTANGAN MALAYSIA


PROGRAM BICARA KREATIF ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF BAHAGIAN REKAAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013. 

NAMA PROGRAM : 
KEUSAHAWANAN INTERNET
PENCERAMAH : 
Dr. IRFAN KHAIRI (JUTAWAN INTERNET)
PENYERTAAN : 
TERBUKA KEPADA SEMUA
TARIKH : 
07 MAC 2013 l KHAMIS
JAM : 
11.00 PAGI - 01.00 PETANG
TEMPAT : 
PANGGUNG SARI, BANGUNAN SERI UTAMA,
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Saturday, March 2, 2013

RAKAMAN PROGRAM BICARA KREATIF ; Pasaran Baru di Utara & Selatan Amerika


28 FEB. - KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR. Unit Logam, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan telah menganjurkan Program Bicara Kreatif bertajuk Pasaran Baru Di Utara & Selatan Amerika oleh Aguirre Alfredo Apolo dari Argentina. Program ini telah berlangsung hampir dua (2) jam telah dihadiri oleh pereka-pereka Kraftangan Malaysia ibu pejabat dan cawangan serta usahawan kraf.

Objektif utama, memberi input berupa jenis produk, rekaan, kemasan dan strategi pasaran produk yang boleh digunapakai untuk pasaran global khusus kepada pasaran Utara dan Selatan Amerika.

Jika anda terlepas peluang menyaksikan dan ingin menonton mengenai Program Bicara Kreatif Pasaran Baru Di Utara & Selatan Amerika oleh Aguirre Alfredo Apolo dari Argentina, sila klik http://www.youtube.com/watch?v=_4kqIwSpo_Q untuk info selanjutnya. Selamat Menonton!! - Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan.

Friday, February 8, 2013

PERTANDINGAN PRODUK KRAF SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013




PROGRAM BICARA KREATIF ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

SEMUA DIJEMPUT     l     MASUK ADALAH PERCUMA    l    TEMPAT TERHAD 

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERTAAN SILA HUNGUNGI PUSAT REKAAN KRAF, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR    l    DI TALIAN : 03 2162 7533 / 7459     l    NAZRI / AZLINA     l    EMEL  PENYERTAAN KE: design_centre@kraftangan.gov.my