Wednesday, March 20, 2013

PAMERAN PROFIL PEREKA & PAMERAN PRODUK PERTANDINGAN


KOMPLEKS KRAF, KUALA LUMPUR, 20 MAC -  Orang ramai boleh menyaksikan Pameran Profil Pereka dan Pameran Produk Pemenang, Pertandingan Produk Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 yang dipamerkan di Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai sepanjang tahun 2013. Sebanyak 8 orang pereka telah dipilih untuk pameran kali ini. Pameran Profil Pereka,yang telah masuk tahun ke-3 melibatkan pereka-pereka Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cawangan. Pameran ini bertujuan mengetengah dan memberi pengiktirafan kepada pereka Kraftangan Malaysia yang telah menyumbang dalam penghasilan rekaan produk kraf.
     Sementara itu, produk-produk pemenang bagi Pertandingan Produk Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 turut dipamerkan. Urus setia pertandingan berkata, produk-produk ini telah berjaya dipilih berdasarkan kriteria-kriteria penilaian yang telah ditetapkan diantaranya, kebolehan pasaran, keaslian, inovasi, pemilihan bahan dan mesra alam. Matlamat utama pertandingan, adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan-usahawan kraf tempatan yang telah menyumbang kepada pembangunan produk kraf. Pertandingan yang telah berlangsung bersempena HKK2013 telah menarik minat usahawan-usahawan kraf yang menyertai jualan kraf. - Pusat Rekaan Kraf.




No comments: