Tuesday, October 23, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Makmal Pasaran & Pembangunan Produk Bil. 03/2012
BAHAGIAN REKAAN – Pada 16 - 18 Oktober 2012, Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil 03/2012 dengan kerjasama Bahagian Pasaran & Promosi. Makmal ini telah diadakan selama 3 hari bertempat di Mines Wellness Hotel, Mines Resort City Seri Kembangan, Selangor. Seramai 70 pereka dan 36 anggota kerja Bahagian Promosi ibu pejabat dan cawangan telah menghadiri makmal ini.
Makmal rekaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua anggota kerja ibu pejabat dan cawangan dari Bahagian Rekaan dan Bahagian Pasaran & Promosi dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza dalam pembangunan reka bentuk kraf tempatan dalam Promosi Domestik dan Antarabangsa sepanjang tahun 2013.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Ybhg. Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Diantara Program yang telah dijalankan semasa Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil.03/2012 adalah seperti berikut :-
Seminar Motivasi bertajuk "Menganjak Sikap, Mengupaya Organisasi" oleh Puteh Consultant
Pembentangan Cubism Concept Oleh Encik Yusak Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan
Percambahan Fikiran bagi Konsep dan Aktiviti bagi Tahun 2013
Pembentangan oleh ketua Kumpulan bagi sesi Percambahan Fikiran bagi Konsep dan
Aktiviti bagi Tahun 2013
Pembentangan Pengetahuan dan Pengalaman Pereka-Pereka dan Pegawai Promosi bagi Program Promosi Antarabangsa Domestik bagi tahun 2012
Pembentangan Prestasi Pembangunan Produk Rekaan & Prototaip Bagi Tahun 2012
Wednesday, October 3, 2012
Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012
BAHAGIAN REKAAN – Pada 19-23 September 2012, Unit Tekstil, dengan kerjasama Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012 bersempena dengan promosi yang akan diadakan. Makmal rekaan ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 19 - 23 September 2012 bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang seramai 14 orang pereka kraf dan 31 usahawan berserta tukang jahit yang terdiri daripada Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Makmal rekaan ini bertujuan untuk mendedahkan usahawan tekstil dan tukang jahit bekerjasama dalam menghasilkan produk siap (pakaian) komersial untuk pengeluaran. Selain itu, ianya bertujuan meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk batik dan kepelbagaian sumber bahan dan teknik-teknik mengikut konsep POP ART.
Subscribe to:
Posts (Atom)