Tuesday, December 9, 2014
Thursday, October 23, 2014
JEMPUTAN KE PROGRAM BICARA KREATIF ANJURAN PREKA CENTRE SEMPENA PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2014
SEBARANG PERTANYAAN DAN PENYERTAAN SILA HUNGUNGI PREKA CENTRE, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR l DI TALIAN : 03 2162 7533 / 7459 l
AZLINA / RUZIYATI l EMEL PENYERTAAN KE : preka_centre@kraftangan.gov.my
Tuesday, September 2, 2014
Majlis Pelancaran Jenama Preka Kraftangan Malaysia
KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2014
bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1435H, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah
mengadakan Majlis Pelancaran Jenama Preka Kraftangan Malaysia yang
disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sohaimi Bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan
Malaysia bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur Jam 12.00 tengahari. Seramai
30 wakil media telah dijemput untuk hebahan.
Antara peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia adalah
mempelbagaikan produk kraf tempatan dan disepanjang penubuhan ini juga telah
banyak produk-produk baru yang dihasilkan oleh pereka-pereka Kraftangan
Malaysia melalui kajian dan penyelidikan yang dijalankan mengikut kehendak
pasaran semasa selain mengekalkan ciri-ciri tradisi tempatan.
Dahulunya kraf tempatan hanya dikenali sebagai suatu industri
tradisi dan hanya untuk keperluan hiasan, rujukan dan hobi. Justeru itu bagi
mengubah persepsi tersebut pereka-pereka Kraftangan Malaysia di beri
tanggungjawab dalam mengembalikan kegemilangan kraf tempatan melalui
penghasilan rekaan-rekaan produk baru yang sesuai dengan keadaan dan cita rasa
semasa. Oleh yang demikian Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia pada awal tahun
2013 telah mewujudkan satu jenama iaitu Preka bagi mengangkat imej baru kraf
tempatan selain mengekalkan kualiti rekaan produk yang memenuhi cita rasa setiap
peringkat masyarakat tempatan dan luar negara. Penjenamaan produk kraf baru ini
mempunyai identiti tersendiri dari aspek reka bentuk, fungsi, estetika, tradisi
dan nilai komersial.
Jenama Preka merupakan singkatan perkataan Pereka, iaitu
pereka-pereka Kraftangan Malaysia yang komited di dalam menghasilkan rekaan –
rekaan baru produk kraf tempatan dengan kerjasama pengusaha – pengusaha kraf
tempatan dari pelbagai bidang kemahiran kraf (kayu, anyaman, tenunan, logam,
seramik dan aneka kraf). Jenama Preka bukan sekadar pada jenama
sahaja, malah produk yang dihasilkan melalui jenama ini boleh diperoleh di
rangkaian kedai jenama Preka yang terdapat di beberapa tempat mengikut segmen
produk seperti hadiah & cenderamata pelancong / korporat, pakaian dan aksesori,
seramik dan hiasan dalaman.
Antara outlet-outlet jenama Preka yang telah
beroperasi adalah seperti yang berikut :
1. Kedai jenama Preka di Kompleks Kraf
Kuala Lumpur (Pakaian, aksesori, hadiah & cenderamata dan hiasan dalaman).
2.
Kedai jenama Preka Ceramics di
Kompleks Kraf Kuala Lumpur (Produk seramik hiasan, cenderamata & hadiah,
seramik taman).
3. Kedai jenama Preka di Menara MARA,
Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata korporat).
4. Kedai jenama Preka di Kompleks Kraf
Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam
dan luar negara).
5. Kedai jenama Preka di Pantai Tengah,
Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata dan hiasan dalaman).
6. Kedai jenama Preka di Pasar Seni,
Kuala Lumpur (Produk hadiah dan cenderamata pelancong berasaskan veneer &
kayu).
7. Kedai jenama Preka di ATV Adventure
Park, Bukit Larut, Perak (Pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata).
8. Produk jenama Preka di Kg. Genting,
Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan
aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
9. Produk jenama Preka di Kg. Salang di
Pulau Tioman kerjasama di antara pemilik kedai cenderamata (Pakaian dan
aksesori, hadiah & cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
10. Produk jenama Preka di Telaga Harbour
Langkawi kerjasama di antara pemilik
kedai cenderamata (pakaian dan aksesori, hadiah & cenderamata untuk
pelancong dalam dan luar negara).
11.
Produk jenama Preka di Malaysia Crafts
kiosk, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (Pakaian dan aksesori, hadiah
& cenderamata untuk pelancong dalam dan luar negara).
Peranan kedai Preka bukan hanya khusus untuk
mendapatkan nilai jualan semata-mata malah menjadi tempat pereka-pereka
menganalisis maklumat produk yang terjual sebagai rujukan dalam proses
pembangunan rekaan produk baru mengikut segmen produk, pasaran dan untuk
pengeluaran usahawna kraf yang bersesuaian. Lebih daripada 1000 jenis produk
baru terdapat di dalam rangkaian kedai jenama Preka sejak ia mula
beroperasi pada 2013 hingga Julai 2014.
Bagi mengukuhkan lagi jenama Preka, Kraftangan Malaysia telah
mendaftarkan jenama ini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan dalam proses untuk
di iklankan sebagai satu jenama yang berdaftar secara rasmi.
Wednesday, February 12, 2014
Wednesday, January 15, 2014
Peragaan Fesyen Sempena Majlis Sepetang Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2014
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 15 Jan 2014 Kraftangan Malaysia telah terlibat dalam peragaan fesyen bersempena dengan Majlis
Sepetang Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempena
Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun
2014 yang telah berlangsung di Padang
Seri Menanti Kuala Pilah pada jam 11.30 pagi. Sebanyak 58 helai koleksi rekaan pakaian
telah diperagakan pada hari tersebut. Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan
produk kraf tekstil iaitu Batik,Tenun dan Songket.
Jurulapor : Aida Zulkaffli / Ruziyati
Friday, January 10, 2014
Peragaan Fesyen Sempena Lawatan Isteri Perdana Menteri Malaysia Dan Isteri Perdana Menteri Turki Ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 10 Jan 2014
Kraftangan Malaysia telah terlibat dalam
peragaan fesyen bersempena dengan Lawatan Isteri Perdana Menteri Malaysia Dan
Isteri Perdana Menteri Turki Ke Kompleks
Kraf Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Laman Wau pada jam 2.00 petang. Sebanyak
16 helai koleksi rekaan pakaian muslimah telah diperagakan pada hari tersebut.
Semua koleksi yang dihasilkan menggunakan produk kraf tekstil iaitu Batik.
Antara Pereka Fesyen yang turut terlibat
dalam Peragaan itu ialah Albert King, Dato Tom Abang Saufi, Halta Dolmat.
Jurulapor : Aida Zulkaffli / Ruziyati
Saturday, January 4, 2014
Peragaan Fesyen Sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 ( VMY 2014 )
KUALA LUMPUR, 4 Januari
2014 Kraftangan Malaysia telah
memperagakan koleksi pakaian berinspirasikan
‘ 1 Malaysia ’ bersempena dengan Majlis
Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bertempat di Dataran Merdeka.
Pakaian daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.
Sebanyak 20 helai koleksi pakaian telah diperagakan. Semua
koleksi yang dihasilkan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu batik, tenun,
pua , dastar dan songket. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan rekaan
pereka Kraftangan Malaysia dan pemenang tempat kedua dan ketiga Pertandingan
Rekaan Batik dan Fesyen Sempena Miss Tourism International 2013.
Jurulapor : Aida Zulkaffli / Ruziyati
Subscribe to:
Posts (Atom)