Monday, November 18, 2013

Makmal Pembuatan Beg Fasa 1 sempena Hari Kraf Kebangsaan 2014

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR - Pada 7 hingga 11 Oktober 2013 Unit Fesyen, Bahagian Rekaan  telah mengadakan Makmal Pembuatan Beg bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2014. Makmal ini telah berlangsung di Perkampungan Kraf ( Galeri Pk Tulip ) Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Makmal ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pereka dalam pembuatan beg terutamanya dari segi penambahbaikan dan kekemasan dalam menghasilkan produk siap, juga sebagai satu landasan dalam memberikan latihan dan kemahiran praktikal untuk menjadi tenaga mahir dalam pembuatan beg Fasa 1 ini lebih memberi penumpuan kepada teknik-teknik jahitan yang diperlukan dalam proses penyediaan barang. Selain daripada itu, pereka perlu memahami kualiti dan standard produk setanding penerimaannya dengan jenama antarabangsa. Melalui bengkel ini, aplikasi penggunaan bahan kraf tempatan seperti batik, tenun dan songket dapat diperluaskan diperingkat global.

Makmal ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pereka dan usahawan dibawah Kraftangan Malaysia. Sebanyak 54 rekaan telah dihasilkan sepanjang makmal ini dijalankan. Melalui rekaan tersebut sebanyak 81 produk siap telah dihasilkan. Antara produk yang dihasilkan ialah ‘key chain’, ‘coin bag’, ‘wristlet beg’, ‘cluth beg’ dan ‘shopper beg’.



Jurulapor : Aida Zulkaffli / Ruziyati Garan

No comments: