Friday, December 16, 2011

Bengkel Pembangunan Rekaan Kraf Tekstil sempena HKK 2011


Pada 12 hingga 15 Disember 2011 yang lalu Unit Tekstil Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kraf Tekstil sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Hotel Ridel, Kota Bharu, Kelantan.

Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan yang berinovasi tinggi untuk menambah koleksi dan variasi pilihan rekacorak kepada penggiat, penggemar dan pengguna terhadap produk tekstil yang lebih dinamik. Disamping mewujudkan hubungan kerjasama bagi membuka ruang transformasi idea dan kemahiran antara pereka, usahawan berpengalaman dan usahawan baru. Selain itu juga bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan, rekacorak dan produk prototaip sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011.

Antara  rekaan-rekaan yang telah dibuat sample

Thursday, December 1, 2011

TENAGA PENCERAMAH SEMPENA PROGRAM BICARA KRAF WARISAN 2011

Jemputan sebagai Tenaga Penceramah sempena Program Bicara Kraf Warisan 2011

Tenaga Penceramah : Aida Shazlin Shaharom
Tempat                        : Theatre Ahmad Nisfu, Sekolah Pengajian Seni, Universiti             

                                       Malaysia Sabah
Tarikh                          : 9 Disember 2011

Program :

Bicara Kraf Warisan
Tajuk : Kertas Kerja pengubahsuaian corak dan motif yang diterima semua lapisan masyarakat ( merangkumi warna latar dan warna corak ) 

TAKLIMAT ANJURAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ( JPK )


BAHAGIAN REKAAN - Pereka Bahagian Rekaan dari Unit Cenderamata iaitu Cik Aida Shazlin Shaharom akan menghadiri program Taklimat anjuran bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai ahli baru JPPK bertempat di Mines Wellness Hotel, Kuala Lumpur. Taklimat ini diadakan pada 01 Disember 2011. Program anjuran Bahagian Pembangunan Kepakaran.

Thursday, November 24, 2011

Tahniah papa Mie




AYER KEROH : 23 Nov. 2011, En. Syahril Hilmi Md. Din dan pasangannya Pn. Joraina bt. Jauhari, telah dikurniakan seorang puteri bagi menyerikan lagi rumahtangga. Tepat jam 8:33 pagi bertempat di Hospital Besar, Ayer Keroh Melaka lahirkan seorang puteri bernama Nur Alma Syukrina bt. Syahril Hilmi bagi pasangan ini.

Kami warga Bahagian Rekaan, mengucapkan tahniah bergelar ayah!!

Wednesday, November 23, 2011

Malam Mesra Media 2011





KOMPLEKS KRAF Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah menyelaraskan peragaan fesyen untuk Malam Mesra Media 2011 pada 22 November  2011 ( 8.30 malam hingga 10.30 malam ) yang melibatkan anggota kerja Kraftangan Malaysia bersama anggota kerja media massa. Wakil media terdiri daripada RTM TV, RTM Radio, New Straits Times, Media Hiburan, Kosmo, Harian Metro, Traxx FM, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Selangor FM. Mengayakan pakaian songket, tenun, batik, daripada koleksi pereka Kraftangan Malaysia. Peragaan fesyen terdiri  7 orang ( model Kraftangan Malaysia  ), 16 orang ( model daripada media ). - AIDA BT. ZULKAFFLI. 

Friday, August 5, 2011

APA ITU POP ART


Pop Art’, iaitu salah satu aliran seni visual yang dipopularkan oleh karyawan barat berkaitan seni yang menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku pada masyarakat seharian. Perkataan ‘Pop’, adalah singkatan dari perkataan popular, manakala ‘Art’ adalah seni, maka gerakan seni moden ini adalah peniruan kaedah, gaya dan tema yang popular berkaitan kebudayaan, politik, media massa, karektor komik, pengiklanan dan  sains fiksyen.
            Gerakan dan gaya seni moden ini juga, mementingkan warna yang cerah dan ceria untuk memberi gambaran kehidupan yang indah, harmoni, selesa dan riang sepanjang zaman. Konsep dan rekaan beridentitikan ciri-ciri tempatan yang merangkumi pelbagai bangsa dan juga budaya tempatan. Kreativiti dan inovasi juga melibatkan subjek flora dan fauna yang di olah dalam bentuk sejadi atau diabstrakkan mengikut kreativiti tersendiri. Perkembangan idea juga melibatkan proses rekaan yang lebih moden dan kontemporari tetapi bersesuaian untuk  pasaran tempatan dan antarabagsa.

CONTOH-CONTOH PRODUK BERKONSEPKAN POP ART




Thursday, August 4, 2011

PENGHANTARAN REKAAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2012 UNTUK MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN MUTU BIL 2/2011

Memohon pereka-pereka cawangan menghantar rekaan-rekaan yang telah dihasilkan di peringkat cawangan bagi disemak dan diluluskan oleh Pengarah Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat selewat-lewatnya sebelum Isnin08 OGOS 2011 jam 12:00 tengahari untuk dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Mutu BIL 2/2011. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan, Ibupejabat.

Monday, July 25, 2011

PROGRAM ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN


sempena PROMOSI KRAF AIDILTRI 2011


Tarikh     : 25 Julai 2011
Masa      : 10.30 pagi - 12. tengahari
Tempat   : Pusat Rekaan Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Penceramah : En. Mohd. Razis Md Said 


Friday, July 22, 2011

JADUAL
PROGRAM ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN 
KRAFTANGAN MALAYSIA
sempena
PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2011
tarikh
25 - 28 JULAI 2011
tempat
PUSAT REKAAN KRAF, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR


SEBARANG PERTANYAAN
SILA BERHUBUNG TERUS PUSAT REKAAN KRAF 
TALIAN : 03 2162 7459  
EMAIL : design_centre@kraftangan.gov.my

Wednesday, June 22, 2011

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 15/2011

Tarikh     :      22 Jun 2011 (Rabu)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Pusat Rekaan Kraf