‘Pop Art’, iaitu salah satu aliran seni visual yang dipopularkan oleh karyawan barat berkaitan seni yang menggambarkan imej, objek atau suasana yang berlaku pada masyarakat seharian. Perkataan ‘Pop’, adalah singkatan dari perkataan popular, manakala ‘Art’ adalah seni, maka gerakan seni moden ini adalah peniruan kaedah, gaya dan tema yang popular berkaitan kebudayaan, politik, media massa, karektor komik, pengiklanan dan sains fiksyen.
Gerakan dan gaya seni moden ini juga, mementingkan warna yang cerah dan ceria untuk memberi gambaran kehidupan yang indah, harmoni, selesa dan riang sepanjang zaman. Konsep dan rekaan beridentitikan ciri-ciri tempatan yang merangkumi pelbagai bangsa dan juga budaya tempatan. Kreativiti dan inovasi juga melibatkan subjek flora dan fauna yang di olah dalam bentuk sejadi atau diabstrakkan mengikut kreativiti tersendiri. Perkembangan idea juga melibatkan proses rekaan yang lebih moden dan kontemporari tetapi bersesuaian untuk pasaran tempatan dan antarabagsa.
CONTOH-CONTOH PRODUK BERKONSEPKAN POP ART
No comments:
Post a Comment