Pada Tarikh
1 hinga 5 Jun 2015
Bertempat di
Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Friday, May 29, 2015
Friday, May 22, 2015
Mesyuarat Ketua Unit Bahagian Rekaan
Tarikh
24 Mei 2015 (Isnin)
Masa
9.00 pagi hingga selesai
Tempat
Bilik Mesyuarat Bahagian Rekaan
Tingkat M, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2015
Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Produk sempena International Craft Festival 2015
Tarikh
19 Mei 2015 (Selasa)
Masa
3.00 hingga selesai
Tempat
Bilik Mesyuarat Bahagian Rekaan
Tingkat M, Bangunan Seri Utama
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2015
Peragaan Fesyen sempena Lawatan Rasmi Isteri-isteri Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2015
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR - Pada 11 Mei 2015 Bahagian Rekaan dengan kerjasama anak syarikat Kraftangan
Malaysia iaitu Karyaneka telah memperagakan sebanyak 44 helai koleksi pakaian
batik. Peragaan fesyen ini diadakan bersempena dengan lawatan rasmi
Isteri-isteri Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sempena Persidangan
Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2015 yang telah berlangsung di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Sunday, May 10, 2015
Hong Kong Gifts & Premium 2015
BAHAGIAN REKAAN – Pada 27 hingga
30 April yang lalu, Noor Iza Kasim, pereka daripada Bahagian Rekaan Ibu Pejabat
telah ditugaskan bersama Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Pasaran dan Promosi
Puan Easter Karen untuk menyertai Pameran Perdagangan Hong Kong Gifts & Premium 2015 yang bertempat di
Hong Kong Convention & Exhibition
Center. Pada
tahun ini dibawah pavilion Kraftangan
Malaysia seramai lapan orang usahawan kraf telah menyertai pameran ini yang terdiri
dari bidang kraf seramik, piuter, batik, kayu dan upih pinang. Antaranya, Gahara
Galore Sdn Bhd, Cliff Ink Sdn Bhd, Salam Oriental Greetings dan Clent
Industries Sdn Bhd.
Tinjauan Produk
Baru di Hong Kong Gifts &
Premium Fair 2015
a) Bahan dan Rekaan Produk Cenderamata
- Setiap produk yang dipamerkan di pameran Hong Kong Gifts & Premium Fair 2015 mempunyai kelainan tersendiri termasuk dari segi penggunaan bahan mentah dalam menghasilkan sesuatu produk. Antaranya ialah kertas, plastik, bahan yang dikitar semula, pu leather, pvc, kayu, seramik, tekstil dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, terdapat usahawan yang menggunakan bahan sintetik dan plastik sebagai bahan utama kerana faktor harga yang lebih murah.
- Penggunaan rekabentuk geometrik dan warna-warna yang terang diaplikasikan diatas produk yang ditampilkan pada tahun ini, ianya selari dengan trend warna 2015.
- Pameran ini juga lebih banyak menumpukan produk-produk yang dapat dihasilkan secara mass-production. Fungsi dan keunikan pada sesuatu produk adalah ciri utama diterapkan bagi menarik minat pedagang.
- Keseluruhan produk cenderamata yang dipamerkan adalah lebih kurang sama dari segi bentuk, rekaan dan fungsi. Walaubagaimanapun, dari segi kualiti, warna, penggunaan bahan dan teknik kemasan yang digunakan atas permukaan produk oleh setiap usahawan adalah berbeza.
- Hampir keseluruhan produk yang ditampilkan adalah sesuatu yang mampu dimiliki dan sesuai untuk semua golongan dan bukan tertumpu kepada produk high end sahaja. Kebanyakan produk yang dipamerkan adalah produk bingkai gambar, aksesori gadget, keychain, packaging, kotak cenderamata, shawl, pasu hiasan, aksesori perhiasan diri, beg, aksesori wanita, dan sebagainya.
Tuesday, May 5, 2015
Peragaan Fesyen sempena Pertunjukan Fesyen Eleganz Malaysia Textile
LANGKAWI - Pada 28
April 2015 (Selasa) Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah terlibat dengan pameran
produk kraf sempena peragaan fesyen Eleganz
Malaysia Textile yang bertempat di Hotel Regis Langkawi Kedah. Manakala
peragaan fesyen dikendalikan oleh pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Radzuan
Radziwill dan usahawan yang terlibat terdiri dari Ruzz Gahara, Candela dan Koleksi
Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Antara koleksi rekaan fesyen yang diperagakan
adalah terdiri daripada produk kraf batik dan songket. Karyaneka, Preka dan Wan Manang daripada Terengganu
juga dijemput untuk aktiviti pameran dan jualan. Majlis ini juga turut dihadiri
oleh isteri-isteri Menteri Asean.
Monday, April 27, 2015
Mesyuarat Pereka dan Pembangunan Produk Bilangan 1/2015
BAHAGIAN REKAAN – Pada 15
hingga 18 April yang lalu, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Mesyuarat
Pereka dan Pembangunan Produk Bilangan 1 / 2015 yang bertempat di Holiday Villa
Beach Resort and Spa Cherating, Pahang. Seramai 53 orang pereka kraf Ibu Pejabat dan Cawangan
telah mengikuti aktiviti ini.
Mesyuarat
Pereka dan Pembangunan Produk ini bertujuan untuk mengumpulkan semua pereka
Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia Ibu Pejabat dan Cawangan dalam mewujudkan
kerjasama yang harmoni dan mesra untuk sama-sama berdiskusi, berbahas dalam
menghasilkan idea-idea kreatif yang baru dan bertepatan dengan kehendak pasaran
dalam pembangunan reka bentuk produk
kraf. Objektif mesyuarat ini adalah sebagai persediaan dalam membangunkan
produk baru tahun 2015 /2016 yang lebih menumpukan kepada aspek komersil. Didalam
mesyuarat ini juga, konsep pembangunan produk 2016 juga telah dibincangkan dan
bakal diketengahkan kelak. Di samping itu, beberapa aktiviti dilaksanakan
seperti pengisian aktiviti semangat berpasukan, pengisian rohaniah yang
bertajuk ‘Erti Sakinah Dalam Berkarya’ daripada Ustaz Badlishah Bin Alaudin dan
aktiviti pengisian kreativiti yang bertajuk ‘Idea Karya Kualiti Kepada Kuantiti’
daripada Ybhg. Professor Dr. Muliyadi Bin Mahamood.
Friday, April 24, 2015
Program sempena Minggu Budaya Malaysia 2015 dan Pameran Intangible Cultural Heritage di Paris
BAHAGIAN REKAAN – Pada 13-16
April 2015 telah berlangsungnya Program Minggu Budaya Malaysia di Paris dan
Pameran Intangible Cultural Heritage
di ibu pejabat UNESCO Paris yang diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia. Ia juga melibatkan beberapa agensi lain seperti Kraftangan
Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Istana Budaya, Balai Seni Visual Negara dan
juga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Lokasi kali ini bertempat di
perkarangan Place du Palais Royal iaitu tempat tumpuan pelancong di mana
latarnya merupakan salah satu muzium terkenal di Paris - Muzium The Louvre.
Acara perasmian telah dijalankan pada 14 April 2015 dan dirasmikan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penglibatan Kraftangan Malaysia dalam
acara ini adalah dari segi penjualan produk kraf yang disertai oleh beberapa orang
usahawan iaitu Jafiqa Couture,Gadengmas, Asli Kraf Sdn Bhd, KZ Craft,dan juga DSNadia.
Selain daripada promosi jualan kraf, Kraftangan Malaysia juga ditugaskan untuk
menyelaraskan aktiviti pertunjukan fesyen dan juga demonstrasi batik di pejabat
UNESCO sempena pameran Intangible
Cultural Heritage yang diadakan pada tarikh yang sama. Sebagai pengisian
acara, banyak juga aktiviti galakkan pengunjung yang telah dijalankan seperti
permainan tradisional dan juga demonstrasi makanan tempatan. Pengunjung juga disajikan
dengan persembahan pentas seperti tarian pelbagai kaum dan etnik, permainan
tradisional dan aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan budaya Malaysia.
Program ini juga merupakan cubaan
pertama Minggu Budaya Malaysia ini dijalankan di sini, sambutan yang diberikan
terhadap acara sebegini amat memberangsangkan dan secara tidak lansung
mendekatkan lagi sosio budaya masyarakat Malaysia di mata dunia. Sumbangan yang
diberikan mungkin sedikit, namun impak yang diberikan oleh masyarakat tempatan
di luar jangkaan. Semoga acara seperti ini
dapat dijalankan pada masa akan datang berikutan sambutan yang diberikan
sepanjang program berlangsung.
Wednesday, April 8, 2015
Peragaan Fesyen B to B sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015
KUALA LUMPUR, pada 31 Mac hingga 2 April 2015 yang lalu,
telah diadakan kolaborasi diantara 28
usahawan dan 28 pereka fesyen tempatan bagi menghasilkan koleksi rekaan yang
bertemakan ‘resort wear’. Program ini telah diselaraskan oleh pereka terkenal
di Malysia iaitu Datuk Radzuan Radziwill dengan jalinan kerjasama daripada Kraftangan
Malaysia. Peragaan Fesyen B to B ini telah memperagakan sebanyak 409 helai
koleksi pakaian batik bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan yang telah
berlangsung bermula 26 Mac hingga 7 April
2015 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Peragaan fesyen ini juga turut
dihadiri oleh pembeli-pembeli dari dalam dan luar negara.
Monday, January 26, 2015
Mesyuarat Pembangunan Produk Tekstil Texworld dan Peragaan Fesyen sempena Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2015
Tarikh
26 Januari 2015 (Isnin)
Masa
10.00 pagi hingga selesai (1 hari)
Tempat
Preka Centre
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Subscribe to:
Posts (Atom)




