Sunday, May 10, 2015

Hong Kong Gifts & Premium 2015

BAHAGIAN REKAAN – Pada 27 hingga 30 April yang lalu, Noor Iza Kasim, pereka daripada Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah ditugaskan bersama Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Pasaran dan Promosi Puan Easter Karen untuk menyertai Pameran Perdagangan Hong Kong Gifts & Premium 2015 yang bertempat di Hong Kong Convention & Exhibition Center. Pada tahun ini dibawah pavilion Kraftangan Malaysia seramai lapan orang usahawan kraf telah menyertai pameran ini yang terdiri dari bidang kraf seramik, piuter, batik, kayu dan upih pinang. Antaranya, Gahara Galore Sdn Bhd, Cliff Ink Sdn Bhd, Salam Oriental Greetings dan Clent Industries Sdn Bhd.
           
Tinjauan Produk Baru di Hong Kong Gifts & Premium Fair  2015

a) Bahan dan Rekaan Produk Cenderamata

  • Setiap produk yang dipamerkan di pameran Hong Kong Gifts & Premium Fair  2015 mempunyai kelainan tersendiri termasuk dari segi penggunaan bahan mentah dalam menghasilkan sesuatu produk. Antaranya ialah kertas, plastik, bahan yang dikitar semula, pu leather, pvc, kayu, seramik, tekstil dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, terdapat usahawan yang menggunakan bahan sintetik dan plastik sebagai bahan utama kerana faktor harga yang lebih murah.
  • Penggunaan rekabentuk geometrik dan warna-warna yang terang diaplikasikan diatas produk yang ditampilkan pada tahun ini, ianya  selari dengan trend warna 2015.
  • Pameran ini juga lebih banyak menumpukan produk-produk yang dapat dihasilkan secara mass-production. Fungsi dan keunikan pada sesuatu produk adalah ciri utama   diterapkan bagi menarik minat  pedagang.
  • Keseluruhan produk cenderamata yang dipamerkan adalah lebih kurang sama dari segi bentuk, rekaan dan fungsi.  Walaubagaimanapun, dari segi kualiti, warna, penggunaan bahan dan teknik  kemasan yang digunakan atas permukaan produk oleh setiap usahawan adalah berbeza.
  • Hampir keseluruhan produk yang ditampilkan adalah sesuatu yang mampu dimiliki dan sesuai untuk semua golongan dan bukan tertumpu kepada produk high end  sahaja.  Kebanyakan produk yang dipamerkan adalah produk bingkai gambar, aksesori gadget, keychain, packaging, kotak cenderamata, shawl, pasu hiasan, aksesori perhiasan diri, beg, aksesori wanita, dan sebagainya.


No comments: