Friday, May 25, 2012

Makmal Rekabentuk Anyaman Kedua Anyaman Pandan, Mengkuang dan Bemban


BAHAGIAN REKAAN – Pada 20-24 Mei 2012, Unit Hasil Rimba, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekabentuk Kedua Anyaman Pandan, Mengkuang dan Bemban bersempena dengan Promosi Seni Jalinan Kraf 2012 dan hari Kraf Kebangsaan 2013 yang bertempat di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Seramai 8 orang pereka kraf dan 10 usahawan yang terdiri daripada Negeri Sarawak, Pahang dan Terengganu telah mengikuti makmal ini.
           
            Makmal Rekaan ini bertujuan untuk menghasilkan rekaan dan produk yang pelbagai serta memenuhi pilihan pengguna mengikut gaya (trend) masa kini. Selain itu, makmal rekabentuk ini akan memberi pendedahan dan maklumat terkini tentang rekaan diantara pereka dan usahawan selain pendedahan kaedah dan proses rekabentuk produk kraf yang bersesuaian. Dengan ini industri dan budaya kraf akan dapat dipulihara melalui penggunaan motif, kemahiran dan bahan selain pendedahan-pendedahan baru seperti warna, bentuk dan kaedah penggunaan oleh pengusaha kraf tempatan dengan kerjasama pereka Kraftangan Malaysia.




No comments: