Tuesday, June 14, 2011

PERTANDINGAN REKA BENTUK IDEA INNONATIF PRODUK PENGGUNA MODEN & KONTEMPORARI

Pusat Pembangunan Reka Bentuk / Design Development Centre (DDEC), telah menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk 2011. Pertandingan reka bentuk ini memerlukan pereka bentuk menyampaikan konsep dan reka bentuk yang fokus kepada reka bentuk produk pengguna. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, golongan professional, pelajar dan peminat reka bentuk. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web DDEC di www.ddec.my

TEMA PERTANDINGAN
DDEC menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi dan mempamerkan ideaidea inovatif, dan mentransformasikan idea tersebut kepada realiti. Tema pertandingan ini adalah Reka Bentuk Produk Pengguna Moden dan Kontemporari. Acara ini bertujuan unuk menggalakkan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi dengan menghasilkan reka bentuk produk pengguna untuk masa depan. Produk pengguna didefinisikan sebagai apa jua barangan nyata yang dijual untuk kegunaan peribadi, keluarga, rumah tangga tanpa mempunyai tujuan perniagaan. Kami ingin semua rakyat Malaysia mereka bentuk produk pengguna yang bukan sahaja moden dan kontemporari, tetapi juga ringkas, berfungsi dan praktikal untuk memberi insipirasi kepada generasi masa depan. Idea reka bentuk mestilah asli, mesra alam dan mempunyai nilai pasaran. Pertandingan ini menjemput bakat-bakat kreatif di Malaysia menyertai pertandingan ini dan menjadi inovasi melalui kreativiti

PERTANYAAN LANJUT
sila emel kepada innovativeidea@ddec.my atau hubungi:-
1. Cik Natasha Zahirudin 
2. Cik Norliza Mohd Sani

Design Development Centre (DDEC)
22, Jln Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2161 900

1 comment:

Warna said...

bila tarih tutup?